Teknik bermain clutch ketika di laluan sesak
Bismillahhirramannirrahhimm
Terima kasih diatas sokongan para newbie kita kepada artikel-artikel belajar menunggang motosikal yang saya terbitkan.Ulasan yang di ajukan juga cukup membina dan menjadikan artikel blog ini lebih bermanfaat.terima kasih semua.
selanjutnya artikel hari ini ialah bertajuk Tips Bermain Clutch ketika mencelah Untuk Newbie ini suka saya terbitkan di atas permintaan ramai newbie kita.Semoga artikel ini dapat membantu memberi keyakinan kepada anda untuk meneruskan niat belajar motor ada clutch tangan.
Kegagalan mengawal clutch motor ketika mencelah/menyelit di trafik sesak menjadi ketakutan dan kekhuatiran yang bermain di minda anda mungkin.Takut apa sebenarnya disini..takut motor mati?
Kalau motor mati boleh start balik..betul tak?
Bahaya motor mati bang..kereta banyak..
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Ok kalau macam tu jangan mencelah,ikut saja orang dari belakang sehingga betul-betul mahir.Satu lagi kebanyakkan ketika trafik sesak kenderaan bergerak perlahan ja,jadi tak ada masalah walaupun motor mati tiba-tiba..tenang,free gear dan hidupkan balik motornya.
Maaf saya kata,satu masalah yang tak dapat saya bantu adalah sifat tergesa-gesa anda sahaja..nak pantas perlukan kecekapan..jadi buatlah latihan selalu kalau jadi hero selit..Cari kawasan kosong(padang) letak kon 2,3 biji dan training..boleh ke buat?
Cara kawal clutch ketika trafik sesak
Maksud perkataan itu ialah menggunakan(tarik) separuh clutch sahaja atau tak lepas habis .Ia seperti lebih kurang sama semasa mula lepas clutch dalam gear 1.
Teknik clutch separuh ini banyak membantu ketika kita mencelah di antara kenderaan lain.
Cara untuk menggunakan teknik ini ialah anda perlu bermain throttle (minyak).Tak kisah dalam gear berapa pun 1,2,3,4,5,6 semua boleh haha..4,5,6 tak boleh la kot..nanti tak bergerak motornya.
Macam mana kegunaannya sebenarnya?kita guna teknik ini untuk membelok ‘S’ di belakang kereta umpanya.
Teknik ini dapat mengelak daripada motor terlajak kedepan atau mati tanpa menukar gear.
Ia membenarkan motor bergerak perlahan di belakang kereta samada dalam kedudukan gear 1,2 atau 3.
Syaratnya lagi tinggi gear perlu lebih besar minyak sambil guna clutch separuh..
Kelebihan teknik clutch separuh
Kelebihanya ia tak perlu menukar gear hanya perlu tarik untuk perlahankan pergerakan roda dan untuk kedepan sikit lepas clutch sedikit saja/tahan dan roda akan bergerak ke depan sedikit saja.Apa pun minyak dan brek perlu mahir juga untuk teknik clutch separuh ini menjadi.
Praktis buat nombor 8 dengan motor ada clutch akan menjadikan anda lebih mahir mengawal clutch ketika mencelah di laluan sesak.