Belajar mekanik motor bab 9-pengenalan komponen asas wiring
Baikimotor.com hari ini melanjutkan pelajaran mekanik motor ke bahagian elektrik atau wiring setelah post terdahulu post mengenai membuat overhaul diterbitkan.Kita di sini akan mengenal beberapa komponen asas elektrik serta cara kerja ia pada motosikal.
Kuasa elektrik pada motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk nyalaan enjin dan nyalaan lampu.Nyalaan enjin hanya 1 iaitu untuk menyalakan api spark plug dan nyalaan lampu adalah untuk nyalakan lampu depan,belakang signal,lampu kecil meter panel,signal,horn dan beberapa lagi.
*Panggilan nama mungkin tidak sama seperti dalam buku, maklumat ini hanya untuk pemahaman fungsi!
Nyalaan enjin hanya satu kegunaan iaitu untuk menghidupkan spark plug.Andaikata berlaku masalah spark plug tak ada api ini merujuk kepada kerosakan atau kegagalan pada mana-mana membabitkan komponen nyalaan .3 komponen berkenaan penyebab spark plug tak ada api
sponsored links
Starter Coil
Stater coil ditempatkan di dalam megneto/flywheel pada tapaknya.Elektrik untuk nyalaan enjin bermula di sini bagi sistem Cdi.
Stater coil ialah sebiji komponen elektrik yang direka dengan beribu kali lilitan wayar tembaga halus padanya.Dengan hasilkan 12v untuk permulaan pada starter arus elektrik sekitar 20000v terhasil pada spark plug.
Cdi
Unit pengawal api (elektrik) bagi memastikan spark plug keluar api pada masa di tetapkan mengikut kitaran enjin samada 2 lejang atau 4 lejang.Kebanyakan motosikal baru telah beralih kepada sistem Tci.
Plug Coil
Inilah tempat dimana arus elektrik dilepaskan menjadi beribu volt pada spark plug.Plug coil adalah unit komponen elektrik terakhir untuk nyalaan enjin sebelum spark plug.
Rumusnya cara kerjanya seperti ini
Starter coil–>cdi—>plug coil–>
spark plug
Bermakna setelah mengetahui cara kerja elektrik enjin kita dapat mencari punca spark plug tak ada api dengan membuat pemeriksaan mengikut turutan rumus di atas.
Terlerai sudah bahagian nyalaan enjin,kini kita belajar pula tentang nyalaan lampu.Walaupun pada body(-) yang sama,elektrik yang dihasilkan oleh sistem nyalaan lampu motosikal adalah tiada kaitan dengan nyalaan enjin kerana ia berlainan punca.Andainya motor tak ada lampu depan adalah disebabkan mentol terbakar,jika menukar mentol tidak berhasil kita perlu memeriksa pada suis handle dan tetap belum selesai maka perlulah membuat pemeriksaan pada komponen ini;
Lamp Coil
Ini permulaan elektrik untuk nyalaan lampu.lamp coil terletak bersebelahan dengan starter coil.Seakan starter coil tapi dengan gegelung wayar yang lebih kasar.Arus elektrik dihasilkan ialah 6v atau 12v bergantung kepada jenis motosikal itu.Tenaga elektrik dihasilkan dari lamp coil ialah untuk nyalakan lampu besar dan juga sebagai pengecas bateri melalui katab.
Bateri
Fungsi Bateri untuk motosikal ialah untuk hidupkan lampu kecil,lampu signal,brek,horn kecuali lampu besar depan dan lampu belakang.Walaupun bateri menghasilkan arus elektriknya sendiri tapi ia perlukan elektrik dari lamp coil sebagai pengecas balik supaya ia kekal bertenaga.
Rectifier / katab
Rectifier ataupun sering disebut “katab” berfungsi sebagai alat kawalan arus elektrik atau cut off supaya volt dihasilkan lebih stabil untuk nyalaan lampu.
Rectifier mempunyai 2 fungsi pertama ialah untuk menukar arus elektrik AC dari starter coil ke kuasa DC supaya ia boleh mengecas bateri. Lagi tentang AC – DC
Kedua ialah supaya memastikan bahawa voltan disampaikan dalam had tertentu, untuk tidak merosakkan bateri,mentol etc.
Kesan apabila rectifier rosak ialah menyebabkan mentol cepat terbakar atau lampu malap.
Rumus bagi nyalaan lampu ialah
Lamp coil–>rectifier–>bateri–>
suis–>lampu
Tambahan di atas ialah suis kiri-kanan pada bar handle adalah alat pengagih elektrik kepada bahagian tertentu.
Di atas adalah komponen asas dalam sistem elektrik motosikal,lain-lain tambahan pada sistem nyalaan adalah alat sampingan sahaja seperti kondensor untuk kelipkan signal.
Cakap Pomen Motor ” tidak sukar membuat wiring motosikal jika mengetahui cara kerja serta susun aturnya,jangan lupa On switch yaa..ok,kita bersambung lagi pada BAB SETERUSNYA lampu depan tak nyala ..”
sakit pala wiring motor boss..
ya2..