![]() |
belting |
Punca motor perah minyak tak boleh jalan
Seperti tajuk hari ini motor perah minyak tak boleh jalan itu adalah tanda menunjukkan belting skuter anda sudah putus.Punca belt putus disebabkan tempoh penukarannya dilanjutkan ertinya sudah terlalu lama digunakan.
Selalunya kita dapat kesan lebih awal sebelum masalah ini berlaku iaitu enjin berbunyi semasa berjalan.Sebaiknya sewaktu itu perlu disegerakan membuat pemeriksaan lanjut di bengkel.Itu adalah lebih baik sebelum anda menolak skuter sebab tak boleh jalan di tepi highway.
Fungsi belting pada skuter
Skuter adalah motor dengan enjin automatik dan seperti biasa motor jenis ini tidak menggunakan rantai dan sprocket seperti mana motor manual tapi pasti ia mempunyai tranmisi untuk bergerak/jalan. Sistem belting pada skuter cukup lancar semasa menunggang dan ia juga lebih senyap dari sistem gegancu(sprocket).
Tanda belting Skuter rosak
Motor akan mengeluarkan bunyi berdesing atau berdengung disebelah kiri, jalan pula terasa sangkut-sangkut. Pada awalnya anda akan mendapati juga motor terasa hilang pick-up, ini adalah antara tanda-tanda menunjukkan belting sudah rosak. Dan bolehlah segera merujuk kepada mekanik.
Kos mengganti belting Skuter
Jika sprocket sudah haus bermakna pemilik perlu menggantikannya dan begitu juga dengan belt(tali sawat) perlulah diganti apabila sampai waktunya.
Selain belt beberapa barangan sokongan lain seperti bola pulley, rumah pulley serta auto belt perlu diperiksa jika rosak juga diganti baru jika perlu.
Kos menukar belting skuter berserta barangan disebut dalam anggaran MYR 300 kebawah. Memang mahal kann..berbanding rantai sprocket,MYR 50 kebawah untuk satu set. Harga tukar rantai sprocket adalah jauh lebih jimat berbanding menukar belt lengkap.
![]() |
Roller pulley |
Di mana tempat belt pada skuter?
Ok,saya tunjukan kepada anda di mana tempat /lokasi drive belt pada motor skuter anda.Lihat gambar di bawah ini.
kesimpulan
Tak ada masalah jika memiliki skuter sebagai motor tunggangan harian ia tidaklah membabitkan penyelenggaraan begitu tinggi jika ia diselenggara mengikut jadual yang betul.Servis awal boleh menyelamatkan kerosakan total dan menjimatkan belanja pemilik.
Berpadanan jika saya katakan jika kita belanja MYR 120 untuk menukar belt sahaja dalam tempoh masa 6 bulan(20km/hari) atau lebih.Dengan jarak waktu tukar yang lama sudah tentu dikira jimat bukan.
Cakap Pomen Motor ” tunggang dengan cermat untuk elak kerosakan total,jangan tunggu motor skuter anda tak boleh jalan baru mahu tukar belt..:p
wassalam..”