Model baru ini adalah hasil semangat kejayaan Kawasaki di persada lumba motor Superbike tersohor dunia-WSBK pada tahun lalu.Jonathan Rea selaku juara 2017 menjalankan tugasnya dengan baik sekali untuk terus mengekalkan Kawasaki sebagai Raja Superbike dunia.
Kawasaki Ninja ZX-10RSE 1000cc 2018 kini dihadiahkan kepada bakal pembelinya dengan pelbagai ciri teknologi perlumbaan terkini yang menjadi rahsia pasukan Kawasaki dapat meninggalkan pesaingnya jauh kebelakang di litar lumba.
Kawasaki ninja ZX-10RSE 2018
Sungguh tidak adil,dicemburui jika sebuah Superbike jalanan mempunyai kelengkapan setara dengan sebuah mesin litar lumba kini boleh dinikmati oleh pengguna biasa,tapi itulah Kawasaki sentiasa memberi kepuasan kepada pengguna.
Ciri teknologi yang dijanjikan oleh Kawasaki pada motor ZX10 baru ini;
Electronic Rider Aids
Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS), Kawasaki Sport Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Engine Braking Control, Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift), Kawasaki Corner Management Function (KCMF)
Spesifikasi Ninja ZX-10RSE |
---|
Enjin | 4 Stroke,4 cylinder,Dohc,4-Valve |
sistem penyejuk | liquid-cooled |
Gerek×lejang | 76.0×55.0mm |
nisbah mampatan | 13.0:1 |
Transmisi | 6-speed,return shift |
sistem bahanapi | DFi with 47mm Mikuni throttle bodies (4) with oval sub-throttle,2 injectors per cylinder |
Saspensi depan | 43mm inverted balance free fork,KECS controlled Compression and rebound damping,manual spring preload adjustability 14.7 in |
Saspensi belakang | Horizontal back-link with balance free gas-charged shork,controlled compression and rebound damping,manually adjustable spring preload 14.5 in |
Isi tangki | 4.5 galon |
Tayar depan | 120/70zr17 |
Tayar belakang | 190/55zr17 |
Pengeluar | Kawasaki |
Penambahan lain:
Rim aloi bertempa 7-jejari Marchesini yang ringan dan bertegaran tinggi.
Kawasaki ZX-10RSE 2018 adalah semangat seorang juara yang akan mendampingi anda untuk menundukkan pesaing lain dengan penuh ‘respect’ kepada ‘mesin hijau’ yang bakal menjadi milik anda ini,seperti kata Jonathan Rea ” It’s easy to do when you’ve got a good bike and you’re winning.”
-
Yamaha Ego Gear 125 baruRM5,418.62
-
Yamaha Y15ZR 2022 dengan beberapa perubahan baruRM8,168.00
-
Yamaha YZ16R dengan VVA serba baruRM10,888.00
-
Yamaha 135LC 2022 lengkap sistem FiRM7,798.00
-
Skuter Honda Beat 110 2022RM5,765.00
-
Honda EX5 110 2022 warna Gold Limited EditionRM5,198.00
-
Honda RS-X 2021RM8,688.00
-
Honda RS150R 2022RM8,299.00