Belajar mekanik-wiring switch handle motor



belajar mekanik wiring switch handle motor

Bab 11 belajar mekanik motor-menyelesaikan masalah wayar switch handle tak ada api untuk nyalakan lampu dan beberapa komponen wiring lain

Salam,ok sambungan dari bab lepas yang mana soket tak sampai api (current) perlulah anda check wayar dari switch handle kepada soket lampu depan.2 wayar ke hidup ke soket (atas/bawah) tidak ada api juga,nah! Kali ini anda perlu lanjutkan pemeriksaan/check switch untuk pastikan ia masih elok atau bermasalah.Caranya seperti ini;

Dapatkan wayar hidup penghantar (wayar bawah) ke switch handle,check seperti yang saya ajar sebelum ini.Jika hasilnya positif iaitu wayar bawah ada api bermakna switch bermasalah/rosak.Biasanya di bengkel
yang sesak mekanik akan terus tukar switch kepada baru saja,tapi anda yang belajar mekanik ini perlu tahu cara kerja wiring-nya (cara jalan current).Pemahaman mudah saya tunjukan kepada anda;


Cara kerja lektrik switch handle

Switch pada handle motor sebelah kiri ini berkerja sebagai pengagih kuasa lektrik/api/current kepada lampu depan belakang,lampu signal dan juga horn (ping..ping..).

Gambar diagram wiring motor

Saya lukis sikit gambaran supaya anda lebih faham,maaf diagram wiring switch handle motor agak buruk 😀
Keterangan;

A=soket mentol
B1=lampu tinggi (depan)
B2=lampu rendah (depan)
B3=lampu belakang
C=lampu brek (belakang)
D1=lampu signal (kanan)
D2=lampu signal (kiri)
E=horn

*litar itu menunjukkan semua wayar hidup.

Kuasa lektrik/listrik yang diambil oleh switch ialah
1.kuasa coil
2.kuasa bateri

Apapun semuanya mula bekerja setelah kunci mula ON sahaja.Ini saya sudah terangkan dalam bab asas wiring lagi..sila baca ya..:)
Ok,lanjutan selepas ini iaitu wayar bawah tak ada api..

Gambar coil magnet lampu

Wayar bawah tak supply current

Wayar bawah sebelum switch handle itu datang daripada 2 punca iaitu dari bateri dan coil lampu.Tapi sebelum terus kepada switch terdapat beberapa komponen wiring lagi yang perlu direntasi oleh punca kuasa lektrik itu.

Contoh;wayar kuning dari bawah sebelum switch tak ada api.Dalam gambarajah di atas anda dapat lihat wayar kuning itu tidak melalui kunci untuk ke switch.Hanya terdapat rectifier setelah coil lampu,jadi berkemungkinan rectifier rosak atau lamp coil dalam magnet itu yang rosak.

Sememangnya kita mahu hasil yang cepat dalam membuat kerja jadi tekniknya kita buat ‘short cut’ saja.TERUS TEST WAYAR DARI LAMP COIL..jika hasil positif maka bererti ada masalah pada rectifier dan jika hasilnya negatif maka kerosakan pada coil dalam magnet itu.Mudah bukan..?

Contoh 2: lampu signal,lampu brek belakang mati(tak nyala).Di atas anda dapat lihat current dari bateri akan mengalir merentasi rectifier–>kunci–>switch handle.Nampak? Current tak terus supply ke switch,jadi di antara 2 komponen adalah penyebab current tak sampai ke switch.

Cakap Pomen Motor:”
Ok,rasanya sudah faham cara kerja wiring motor bahagian lampu ini.Selepas ini kita akan pelajari bab wiring api enjin pula tapi sebelum saya akan ulas tentang beberapa komponen sokongan yang belum disebut di sini.Kita jumpa di bab seterusnya..plug tak ada api