Enjin motor start kosong tak ada compression

Salam. Hari ini saya nak bercerita tentang enjin hilang compression atau mampatan, iaitu satu masalah enjin bila berlaku akan mengakibatkan enjin hilang kuasa. Pada tahap kritikal pula penyetat kaki mula terasa kosong dan tentunya pada tahap ini enjin tidak lagi boleh hidup.

Tentunya motor 4-stroke anda tidak perlu dibuat Overhaul sebaliknya hanya Top OverhaulĀ  kerana punca hal yang berlaku hanya melibatkan komponen enjin atas seperti piston,ring,head block.

Kadang tertipu masalah pada gigi gear rosak sebenarnya tapi sama juga start kosong, jadi disini kita belajar cara check masalah enjin ini.

Gambar gear lus
Gear dalam

Start kaki terasa kosong

Enjin motor hilang compress dikesan bila anda start kaki terasa kosong jika keadaan sudah kritikal.Jalan penyelesaiannya ialah dengan melakukan top overhaul tapi sebelum tu ada beberapa langkah untuk mengenal pasti puncanya.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Hal pertama mekanik perlu periksa pada bahagian clutch.Clutch lus,ngelos juga kelihatan seperti enjin hilang compress,ini kerana penyetat akan pergi ke bahagian gigi clutch dahulu sebelum ke crankshaft untuk mula menghidupkan enjin.Hal ini pasti punca sebenar masalah anda jika sebelum ini ada tanda-tanda seperti motor agak malas bergerak daripada biasa dan kadang di waktu pagi (enjin sejuk) penyetat jadi kosong atau ‘sekat-sekat’.Jika benar,hati anda akan lebih tenang sikit la kiranya sebab anda hanya perlu keluarkan kos untuk tukar clutch plate baru sahaja tak perlu top overhaul šŸ™‚

Kesan clutch tinggi

Hal yang kedua masih lagi pada bahagian clutch iaitu masalah clutch tinggi.Biasanya kejadian ini berlaku setelah beberapa hari baru menukar clutch plate.Cara menyelesaikan masalah ini ialah dengan melaras,setting kembali nut clutch di sebelah luar enjin itu.

Bocor compression

Ketiga,spark plug longgar.Compression bocor melalui ruang pada spark longgar juga penyebab penyetat jadi kosong dan enjin tak boleh hidup.Jarang berlaku tapi tetap berlaku keranaĀ  kurang keketatan semasa pemasangan plug.

4-Bagi motor 4-stroke,check keketatan valve

Cakap Pomen Motor:”

Setelah semua proses itu anda sudah buat maka barulah terus membuat top overhaul.Disini anda akan lihat apa punca yang menyebabkan motor anda hilang compress,mungkinĀ  disebabkan masalah valve bocor,Valve bengkok, ring piston longgar, ring piston sangkut atau piston bocor.

Juga hal kecil berlaku tanpa disedari ialah masalah gasket pecah dan juga jangan terlepas pandang pada hal yang tak disangka seperti Kick Starter lus rosak.Ok harap anda dapat sesuatu pada di sini dan jika ada keraguaan boleh nyatakan di ruangan komen ya.Salam jumpa lagi.”