Motor baru kawasaki baru 2018
Lagi motor baru variasi ninja,kali ini yang sedang-sedang saja dari kawasaki untuk pasaran 2018.Kawasaki ninja 400cc dijana dengan enjin 4t/4-stroke,6 kelajuan berserta injeksi (Fi) sebagai penyuap bahan-api sepertimana kebanyakan model baru abad ini.
Motor baru Kawasaki ini sebenarnya diinspirasi oleh model yang menggegarkan dunia permotoran sebelum ini,abangnya iaitu Ninja H2r.Lihat saja kepak (Chin-Spoilers) yang terletak di bahagian depan,bawah lampu itu.
Spesifikasi Kawasaki ninja 400 |
---|
Enjin | 4 lejang,2 silinder,Dohc,399cc |
sistem penyejuk | penyejuk cecair |
Gerek×lejang | 70.0×51.8mm |
nisbah mampatan | 11.5.1 |
Transmisi | 6 kelajuan |
Suspensi depan | fork teleskopik |
Suspensi belakang | swing arm boleh laras |
Isi tangki | 3.7 g |
Tayar depan | 110/70×17 |
Tayar belakang | 150/70×17 |
Pengeluar | Kawasaki |
Kelebihan Kawasaki ninja 400cc
Rupa yang menawan motor kawasaki 400cc ini tidak cukup sebenarnya untuk memaksa anda membeli,dan pihak kawasaki sedar akan kenyataan itu lalu mereka memerangkap dengan tawaran lebih istimewa iaitu dengan sistem Assist & Slipper Clutch!
Sebelum ini hanya Superbike sahaja menggunakan sistem clutch jenis ini,tujuannya untuk memberi kelicinan semasa pertukaran gear dan kelebihan yang nyata ialah semasa anda ‘drop gear’ memasuki selekoh tanpa bimbang roda akan terkunci.Berangan sekejap la kita jadi Velentino Rossi..:)
*Rangka jenis Trellis,besi berketegaran
Kesesuaian penunggang dan ciri keselamatan
Penyesuaian penunggang dengan motor baru bakal dibeli adalah penting supaya nanti tidak kekok mengendalikannya.Jadi anda sesuai dengan Ninja 400 ini.
- Tinggi tempat duduk- 30.9 inc.
- Kelegaan bumi- 5.5 inc.
- Tinggi keseluruhan- 44.1 inc
- Panjang keseluruhan- 78.3 inc
- Lebar keseluruhan- 28 inc

Terakhir dari kawasaki untuk ninja 400cc 2018 untuk keselamatan anda,mereka lengkapinya dengan sistem brek ABS,satu piring disc 310mm pada bahagian roda depan,220mm disc brek belakang.