Belajar pomen motor bab 10- punca lampu depan tak menyala
Sebelum ini saya ada ulas sikit tentang cara tukar mentol lampu besar motor ex5,hari ini anda akan pelajari lebih lanjut pada bab wiring motor ini iaitu cara atasi masalah mentol lampu depan tak menyala walaupun sudah tukar mentol tapi tetap tak mahu hidup.
Sebelum kita teruskan pelajaran pomen motor kita kali ini,diharap anda sudah pun tahu bab asas wiring yang telah saya terbitkan,lanjutan hal membabitkan cara kerja wiring untuk lampu (bukan nyalaan enjin) adalah seperti yang saya gambarkan di bawah;
Penjelasan: lampu coil dalam magnet adalah permulaan segalanya untuk nyalaan lampu,selepas enjin dihidupkan api (elektrik) akan dialihkan kepada Rectifier untuk diseimbangkan volt-nya agar tidak terlalu besar yang boleh mengakibatkan mentol ‘bakar’.Kemudian hasilnya cukup untuk membuat mentol 12v menyala dengan terang tanpa terbakar.
Langkah pertama periksa lampu tak menyala
Pertama sekali lepas mentol tak menyala kita pergi ke soket lampu.Biasanya penyebab mentol tak menyala ialah pada bahagian soket ini berkemungkinan ada wayar putus,karat pada tapak mentol atau mungkin pada bahagian sambungan wayar soket ke wayar utama tercabut.
Normalnya pada motor ex5 atau motor cub lain ada 3 wayar pada soket.2 wayar hidup untuk lampu tinggi dan bawah dan satu lagi ialah wayar bumi (-).
Cara buat uji cuba current lampu
Jadi untuk soket lampu yang tak ada masalah pasti ada ‘current’ jika kita membuat uji cuba pada soket itu.Cara buat uji cuba samada soket tu boleh guna atau tak adalah mudah saja,kita boleh gunakan 2 kaedah;
- Kaedah ‘kuno’
- Guna Multimeter
Saya bagi contoh kaedah kuno yang selalu saya buat atau bagi kebanyakan mekanik motor yang lain ialah;
- Hidupkan enjin
- 1 urat wayar untuk ‘taster’
Soket lampu rosak
‘Shot’ kan wayar hidup pada wayar bumi/body motor dengan menggunakan seurat wayar tadi.Jika ‘spark’ terhasil bermakna soket masih berada dalam keadaan baik,jika tidak perlulah menukar kepada socket lampu(mentol) baru.
Malangnya jika uji cuba yang kita buat tidak menunjukkan hasil positif,lampu tidak menyala jadi langkah selanjutnya diperlukan.Kita akan pergi ke bahagian lebih bawah pula switch handle selepas ini.sekian.