Servis karburator ataupun servis enjin tapi apa maksud dia?
Selain menukar minyak enjin serta plug,anda juga boleh memilih untuk membuat servis motor anda pada waktu yang sama.Terdapat 2 jenis servis dengan pakej berbeza yang boleh anda pilih samada servis biasa atau full servis.
Kepentingan membuat servis sebenarnya adalah untuk mengembalikan kesehatan motor yang telah digunakan supaya mencapai standard asal keluarannya.Tapi jangan mengharapkan lebih,mengharapkan motor lebih laju seumpamanya kerana itu ialah kerja menaiktaraf (upgrade) motor.Servis motor boleh di ertikan sebagai satu langkah kerja membuat pemeriksaan pada bahagian tertentu pada motor bergantung kepada jenis servis yang anda pilih ,jika terdapat kerosakan
maka mekanik akan memperbaikinya atau menukar alatganti lain dan anda akan dikenakan caj bayaran lain ke atasnya selain kos servis.
Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh mekanik semasa servis motor adalah terbahagi kepada 2 pakej iaitu servis biasa dan full servis.Cara membuatnya pula terpulang kepada jenis enjin pula samada enjin jenis 4-lejang atau 2-lejang.
Pakej servis motor 4-lejang(stroke)
Servis biasa;
- Servis karburator
- Servis/tukar penapis udara tukar
- Tukar minyak enjin
- Tukar plug
- Periksa bateri
- Periksa nyalaan lampu,horn
- Periksa regangan rantai
- Periksa brek
- Periksa angin tayar
Full Servis;
Semua item pada servis biasa dan pakej tambahan;
- Cuci kepala piston
- Cuci Head Cylinder
- Grind Valve
- Laras Tappet
Apabila anda memilih membuat full Servis ia adalah termasuk membuat Top Overhaul.Full servis tidak digalakkan dibuat pada motor baru atau kondisi masih baik sebaliknya dibuat pada motor yang agak berusia dan telah kehilangan kuasa.Disini mekanik dapat kesan kondisi barangan dalaman enjin samada masih boleh digunakan atau perlu digantikan baru.Tapi ia terpulang atas kemahuan anda
mengikut ‘bajet’ yang ada 🙂
Servis motor 2-lejang
Servis biasa;
- Cuci karburator
- Cuci silencer ekzos
- Cuci air filter/tukar
- Tukar minyak enjin
- Tukar plug
- Periksa bateri
- Periksa nyalaan lampu,horn
- Periksa regangan rantai
- Periksa brek
- Periksa angin tayar
Tiada perbezaan di antara servis biasa untuk motor 4-lejang dengan 2-lejang kecuali
satu kerja tambahan iaitu pada bahagian silencer ekzos.
Kita lihat pula kerja yang dibuat bila anda memilih membuat full servis
Servis penuh/full servis;
- Semua kerja pada servis biasa
- Membersihkan kepala silinder(piston)
- Servis blok
- Buang karbon Ekzos
Item-item didalam pakej servis motor untuk 4-lejang ataupun 2-lejang boleh ditambah atau ditolak berpandukan apa yang mekanik syorkan.
Bagaimana dengan servis percuma?
Servis motor percuma adalah bermaksud mekanik tidak akan mengenakan sebarang bayaran ke atas kerja yang telah dibuat melainkan hanya barangan yang ditukar perlu dibayar(harga jualan) contohnya minyak enjin,plug serta gasket.Jika harga jualan minyak enjin ialah RM20 maka itulah kos yang anda perlu bayar,tidak ada tambahan RM 2 sebagai upah tukar.. 🙂
Biasanya servis percuma diperolehi beberapa kali jika anda sebagai pembeli motor baru.Ia dikira saguhati dari kedai jual motor tersebut dan anda mungkin perolehi servis percuma sebanyak 2 kali di situ.Kadang juga terdapat servis percuma di mana adanya promosi jualan barangan motor atau pameran motor misalnya daripada pihak bengkel tertentu.Kebanyakan pakej servis percuma adalah jenis servis biasa bukan full service.
Manfaat selepas membuat servis
Jika semua kerja dibuat sempurna pastinya selepas motor di servis anda akan mendapati perbezaan,motor anda lebih ‘segar’,perjalan lebih lancar dan kembali seperti bertenaga mengikut standard asalnya.Manfaat lain membuat servis (full service ) ialah anda dapat mengesan dari awal berkemungkinan telah menimpa pada motor anda tanpa disedari (elak kerosakan lebih berat berlaku).
Kekerapan membuat servis
Kekerapan membuat servis bergantung kepada faktor berapa jauh perjalanan anda lalui atau juga di atas faktor keadaan jalanraya yang kerap dilalui,contohnya anda kerap melalui jalanraya agak berdebu maka adalah lebih kerap anda dituntut menservis motornya.
Kadang anda tidak perlu menunggu waktu sama dengan waktu menukar minyak enjin,anda boleh buat lebih lebih awal jika dirasakan perlu.Soal minyak adalah salah satu item dalam pakej servis tidak menjadi halangan,ia boleh di tolak (ditangguh tukar).Begitu juga dengan item-item yang lain.
Cakap Pomen Motor ” semua item-item dalam pakej membuat servis adalah penting untuk penjagaan motor,disyorkan anda memantaunya setiap hari sebelum perjalanan..”