Ex5-Neylon Bush Set Racing untuk dipasang pada auto clutch
MarmanWorkshop– Motor yang menggunakan sistem auto clutch biasanya agak mengecewakan,lambat pada kuasa pickup dia tak macam motor clutch manual/clutch tangan.Itu dikira sedikit kekurangan pada clutch auto berbanding clutch manual yang menyebabkan anda terasa tak puas hati.Tapi tak perlulah anda modifikasi buat clutch mati pada motor pergi balik kerja anda kerana masih ada jalan penyelesaian bilamana masalah auto clutch agak kurang menyengat.
Clutch carrier bush set
Marmanworkshop perkenalkan clutch carrier bush atau Bush Auto Clutch racing khas untuk motor ex5 anda.Alat untuk membuat clutch motor anda lebih cepat tangkap saat anda membuka throttle tanpa termenung.
Saya sudah mencuba barang racing ini dan hasilnya memang memuaskan,tak ada lagi kesan jalan meleret macam auto clutch standard atau macam auto clutch rosak.Tapi dimasa yang sama pastikan clutch plate anda berada dalam keadaan baik untuk hasil lebih memuaskan.
Neylon Bush-set auto clutch racing untuk motor Honda ex5 100cc ini MarmanWorkshop jual dengan harga RM 15 pada masa sekarang,boleh order online juga.Mahu pasang sendiri tapi tak tahu membuka clutch boleh baca tutorial di link biru diatas.Video cara pasang bush racing pada auto clutch akan diberi kepada anda yang membeli dengan saya.Terima kasih support!