Tutorial belajar menyetel jari rim motor
Tak lengkap kalau jadi mekanik motor tapi tak boleh stel jari-jari rim kerana itu menunjukkan anda belum menguasai sepenuhnya bahagian roda motor,dan kerana faktor itu mana-mana ‘taukey’ bengkel motor lebih membuka peluang kerja kepada mekanik yang mempunyai kemahiran itu,gaji pun dapat lebih :).Hari ini tanpa rasa kedekut ilmu, baikimotor.com akan memberi peluang untuk anda sebagai mekanik pemula khasnya untuk belajar menyetel jari-jari rim motor lengkap dari awal hingga selesai boleh pasang pada motor.
Ok,sedikit pengetahuan dulu,panjang jejari/lidi(spoke) yang digunakan pada roda adalah bergantung pada jarak luas rim dari hub.Contohnya panjang jari-jari standard untuk Honda C100 ialah 161×9
dan jika berniat menukar rim 17″ asal itu beralih ke rim 18 inci anda perlu menggunakan jejari yang lebih panjang dari standard.Lebar rim seperti 1.40×17 atau 1.60×17 adalah tak menjadi masalah kerana anda boleh tukar sesuka hati anda.Ok,sudah faham tentang itu bolehlah anda mulakan belajar menyetel(setting) rim motor dengan jari-jari dan rim baru yang telah disediakan disisi anda pastinya.
Potong jari-jari rim
Hal pertama yang perlu anda buat ialah potong jari-jari rim.Alat yang perlu digunakan untuk memotong jari-jari ialah playa (cutter ) besar.Jika jari masih cantik,tidak berkarat ia boleh diguna semula anda tapi perlu keluarkan jari-jari satu persatu dengan sepana.
Pasang jari lidi pada hub
Hub sudah dibersihkan di cat barangkali untuk kelihatan baru kini anda bolehlah mula memasang jari-jari ke hub.Aturan memasangnya
Jari-jari berbentuk L (pada kepala) dipasang dari dalam hub manakala jari-jari lebih 90 DARJAH itu kita pasangkan dari luar hub ke dalam.Gambaran adalah seperti dibawah
Terdapat 36 batang lidi yang perlu dipasang,18 dipasang dari sebelah luar dan 18 dari dalam hub mengikut struktur bentuk pada kepala lidi itu.Ia pula perlu dipasang secara berselang-seli seperti ini

Selesai memasangnya kini letakkan ditempat rata untuk langkah seterusnya
Langkah memasang jari ke rim
Sudah bersedia untuk memasang ke rim sekarang ini? Seperti yang anda lihat sebelumnya keadaan susunan jari-jari asal motor dipasang secara bersilang.Cara silangan jari adalah seperti gambar dibawah
Ada juga sesetengah rim motor yang menggunakan teknik silangan jari rim yang yang berbeza tapi kebanyakannya adalah menggunakan peraturan ini.
4 lubang pada hub x 3 lubang pada rim.
Jari sebelah kiri untuk lubang rim sebelah kiri
Anda ulangi langkah itu pada sebelah bahagian hingga selesai kemudian barulah beralih ke sebelah lagi

Jadi macam mana cara menyetel rim?
Kenalkan alat stel jari-jari rim
Ini dia alat untuk stel jari-jari rim yang saya guna pakai di bengkel saya,anda boleh beli alat ini dengan saya di MarmanWorkshop,lokasinya di Terengganu,Malaysia.
Alat itu belum lengkap lagi untuk memulakan kerja anda perlukan satu lagi alat untuk kunci jari yang saya sebut sepana ejas rim.
2 alatan penting itulah yang bakal digunakan untuk membetulkan rim yang agak gelong/bengkok bila dipusing buat masa ini.Nanti hasilnya kita mahukan putaran roda yang sempurna jika tidak akan membuatkan motor terasa seperti melompat-lompat bila ditunggangi.Jadi ikuti panduan ini dengan betul ya dan jangan lupa tonton videonya sekali untuk lebih jelas.
Cara guna alat stel rim
Terdapat 2 penanda ukur pada alat stel rim itu yang saya sebut pointer tengah dan satu lagi pointer tepi/sisi.
Langkah permulaan menyetel rim ialah dengan membuat bulatan rim dan untuk itu pointer tengah akan digunakan.Selesai bahagian bulatan tengah kita pergi ke langkah kedua iaitu menyamakan putaran sisi kiri dan kanan rim dengan berpandukan pointer tepi.Ok dapat? Kita mulakan dengan sedikit pemahaman lagi
Cara kunci jari
Hal pertama yang perlu diketahui sebelum proses mengunci jari ialah anda perlu tahu apa yang perlu dibuat jika untuk membetulkan putaran rim agar selari kerana pada masa ini rim itu pastinya gelong atau bengkok,dan puncanya ialah kedudukan hub dan rim tidak sama pada bahagian atas bawah dan juga kiri kanannya.Prinsipnya seperti ini
Hub mestilah berada ditengah-tengah bulatan rim
Lihat gambar 2 bila hub lebih cenderung ke bawah,sekarang untuk menarik hub agar posisinya berada di tengah-tengah bulatan rim maka anda perlulah mengunci jejari pada bahagian bertanda anak panah(bahagian tinggi) itu.Dengan langkah mengunci jari-jari pada bahagian itu maka ia akan menarik hub lebih atas.Begitulah caranya dan dilakukan pada semua bahagian berpandukan pointer tengah alat stel rim anda.Sekiranya jejari lidi tidak boleh ditarik lagi (ketat) disitu,anda perlu melepaskan beberapa jejari pada bahagian berlawanan arahnya.Note! Kunci jari-jari tidak perlulah terlalu kuat pada proses membentuk bulatan dan setingan tepinya,yang penting bentukan bulatan dan tepi yang sama harus dihasilkan dahulu kerana selepas itu akan ada satu lagi proses iaitu mengetatkan semua jari-jari di akhiran.Dapat? 🙂
Membuat bulatan rim
Pertama buatkan bentukan secara kasar terlebih dahulu dengan menggunakan tangan anda seperti dalam video dibawah .Tujuannya ialah untuk mendapatkan posisi yang tidak jauh terpesong dan ia akan memudahkan bila kita mula menggunakan sepana nanti.

Mulakan langkah membulatkan rim dengan sepana seperti prinsip yang diterangkan di atas.Tak perlu tergesa-gesa,rileks saja buat hingga selesai untuk membuat bulatan sempurna.
Setiap kali mengunci jari kemudian buat pemeriksaan pada pointer tengah,jika rim lagi terkena pointer tengah itu maka kunci lagi.Note! Selalunya rim pastinya terdapat tempat penyambungan semasa proses pembuatan rim itu,dan pada bahagian sambungan itu terlihat sedikit bonjolan apabila rim diputarkan dan abaikan saja kerana itu normal bagi dalam kerja menyetel rim.Jarang mendapat gap pada pointer 100%,90-80% kesamaan putaran roda motor masih tidak terasa.
Berhasil membuat bulatan bolehlah lompat pula ke bahagian tepinya.Langkahnya serupa iaitu rapatkan pointer tepi ke bahagian tepi rim,bermula dengan jarak lebih luas, kemudian kecilkan jarak (gap) setelah bentukan semakin baik.
Untuk bahagian tepi bila ia terkena pointer kanan,anda perlu menarik atau mengunci jari sebelah kiri.Ingat!jari-jari kiri sahaja.Saya hanya menggunakan satu pointer kanan sahaja pada hal ini,itu teknik saya terpulang kepada anda.
Formulanya;
Lari kanan –> tarik jari kiri
Lari kiri –> tarik jari kanan
Sehingga selesai bahagian ini,putaran mula kelihatan cantik dan anda hampir selesai menyetelkan/ejas rim motor anda
Langkah terakhir regangkan kesemua jari
Langkah terakhir ini perlu supaya rim hasil kerja tangan anda akan lebih tahan lama kerana kunci jari yang longgar akan mengakibatkan kembali tidak ‘centre’ dan lenggokkan seperti orang ‘berdancing’ pasti dirasai hanya beberapa waktu digunakan.
Walaupun rim sebelumnya kelihatan cantik tapi kesemua jari itu perlu kita rengangkan.Kunci ketat kesemua jari-jari rim bermula ditempat ditandai sehingga kira-kira 3 pusingan jam.Kunci sikit-sikit sehingga ketat(jika diketatkan lagi akan menyebabkan kepala jari loose).Awas ya..seperti orang kata “pengalaman akan mendewasakan anda” 🙂

Setelah selesai meregangkan semua jari-jari rim,putarkan lagi rim untuk melihat samada terdapat perubahan (lari) pada setingan awal tadi.Biasanya anda perlu touch-up untuk kali terakhir pada beberapa bahagian atas bawah atau tepi dan rim anda telahlah pun siap dan bersedia untuk dipasang pada sepeda motor(motosikal) anda.Ok begitulah hujahan yang dapat saya buat untuk memberi semua orang faham terutama anda mekanik motor khasnya tentang Cara memasang setel jari rim motor lengkap,tidak kira dimana saja anda berada. Harap dengan artikel dan digabungkan dengan video channel YouTube saya ini,anda akan berhasil menyetel jari-jari rim sendiri dan terima kasih kerana sanggup berlama lamaan di blog saya hari ini,moga jumpa lagi.wassalam.