Minyak hitam Castrol dan Shell
Salam,
MarmanWorkshop– Minyak hitam dengan harga murah terbaik di MarmanWorkshop buat masa ini 2018 ialah dari jenis Castrol dan Shell.Kedua-dua minyak 4t ini berharga serendah RM 15 siap tukar dibengkel.
Castrol Go putih
- Minyak castrol Go! botol putih
- Kod no: 20w-40
- Standard: APISG,JASO MA2
- Jenis mineral
Setahu saya ini adalah diantara minyak hitam yang cukup laris di mana-mana bengkel motor.Berfungsi baik dan harga murah mampu beli.Minyak hitam Castrol ini lebih sesuai untuk motor
4-Stroke jenis Honda seperti Honda C70,Ex5 atau Honda Wave 100,110,125cc.
Shell Ax3
- Minyak hitam Shell botol merah
- Kod no:SAE 40
- Standard: API SF
- Jenis: minyak mineral
Minyak Shell Ax3 botol merah saya syorkan untuk motor 4T keluaran Yamaha seperti SRE atau Lagenda 110 atau untuk sebagai minyak pelincir motor 2 lejang dari mana-mana model bawah 125cc.Juga berfungsi dengan baik untuk satu bulan pakai bagi motor pergi balik kerja dengan jarak perjalanan pendek contohnya 15km sehari.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Boleh guna ke minyak hitam murah?
Jenama minyak ni sudah lama dipasaran abang.. lebih tua dari kebanyakan motosikal yang ada sekarang . Pilihan ramai sejak dulu lagi. Kuncinya ialah awalkan waktu tukar, jangan peram lama-lama rosak enjin nanti. Berapa bulan sekali tak kira janji cukup tempoh, 500km atau 1k datang bengkel tukar.
Minyak hitam motor scooter
Minyak hitam motor scooter kita pun ada. Kerana enjin scooter ni lain sikit saya syorkan guna minyak hitam khas untuk scooter 4 stroke seperti Castrol Power1 full synthetic, kita pun ada minyak keluaran khas dari Honda untuk skuter Honda dan Yamaha dengan Yamalube AT


Itu saja minyak hitam murah terbaik diperkenalkan untuk hari ini dan jika terdapat produk baru akan diperkenalkan kemudian. Jika tidak mempunyai masa untuk menunggu update minyak terbaru disini anda boleh terus sahaja pergi ke kedai motor untuk memilih dan membeli sendiri minyak hitam pelbagai pilihan ada.
Jika tidak mengetahui yang mana satukah minyak paling tepat untuk digunakan pada motor silalah baca artikel – kod pada botol minyak hitam
Ok,boleh datang tukar minyak hitam di MarmanWorkshop hari ini atau belian online.