![]() |
Mangkuk clutch auto |

Motor berat naik bukit dan Pickup pun kurang
Auto clutch ada dua bahagian utamanya iaitu auto shoe dan mangkuk auto.Ini adalah sistem auto clutch yang biasa terdapat pada motor.Kerosakan berlaku pada salah satu komponen clutch itu akan membuatkan motor jadi berat semasa berjalan,pickup kurang dan ia terkesan sekali bila naik bukit atau dengan muatan berat,motor seakan-akan tak mahu berjalan.Itulah antara kesan atau tanda-tanda auto clutch rosak.
Auto Clutch shoe rosak
Antara auto shoe dan mangkuk auto yang paling sering kita tukar ganti ialah mangkuk auto.Ini kerena ia adalah paling cepat rosak atau haus pada permukaannya.lihat saja pada gambar di atas,garis jalur itu menunjukkan ia telah rosak.
Cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu setelah clutch auto rosak ialah dengan menukar ganti ia kepada baru dan motor anda kembali bertenaga seperti sediakala.Seperti biasa saya syorkan gunakan alat ganti berkualiti,lagi bagus gunakan alatganti motor original sebabnya ia tahan lama dan prestasi juga bagus.
Motor 2T jadi berat
motor 2t kalau lama pakai terasa berat, kita perlu servis block dan cuci ekzos. selain perkara ni ia pun sama dengan motor 4t, perlu check block kalau longgar perlu rebore, clutch plate habis kena tukar baru, dan servis karburator sama check sistem ignition enjin.
kesimpulan
setiap enjin kelamaan pasti mengalami masalah hilang kuasa enjin dan kesannya motor akan terasa berat, ini adalah normal. enjin perlu dilaras semula dan komponen tertentu perlu ditukar dengan yang baru untuk kembalikan kuasa enjin.