Salam, kita sembang ringan-ringan saja sebagai pengetahuan umum dunia motor kita hari ini.Selalukah dengar orang sebut 2 perkataan ini—>korek blok dan potong blok?
Ya,2 perkataan bahasa pasar yang si pengguna motor selalu sebut merujuk kepada kerja yang dilakukan pada komponen enjin motor yang kita sebut ‘blok‘ atau block atau mat saleh cakap cylinder block.
Kalau anda belum tahu ertinya dan mahu tahu pengertiannya perkataan itu anda perlu tahu ini dulu
Apa itu blok silinder
 |
Merah=blok
Biru=head |
Blok ialah komponen enjin yang terletak dibawah head silinder(komponen yang terletaknya spark plug).Sebenarnya blok adalah perumah bagi piston atau dilebih faham lagi dalam blok tu ada piston yang berkerja secara turun naik semasa enjin hidup.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Oleh kerana didalam blok terdapat satu lubang silinder tempat turun naiknya piston maka ia dinamakan blok silinder/cylinder block. Memang itu saja benda yang berada dalam blok bagi motor 4-stroke tapi berlainan dengan blok motor 2-stroke yang terdapat liang atau lubang udara didalam blok.Cukup disini anda sudah faham mengenai blok motor dan kita berbalik pada 2 persoalan pertama kita
Korek blok motor
Korek blok maksud tepatnya bagi mekanik ialah kerja mengorek lubang udara didalam blok motor 2-lejang sebagai langkah modifikasi untuk buat motor lebih laju.
Kerja membesarkan lubang angin minyak,ekzos ialah memanupulasikan aruhan udara melaluinya.Kadang dengan memperbesarkan ruangan lubang tempat laluan petrol lebih membuatkan pembakaran enjin lebih cekap seterusnya dapat mempertingkatkan kelajuan motor itu.Jadi itu yang dimaksudkan dengan istilah korek blok motor,tapi ingat kadang ada juga mekanik sebut perkataan korek blok pada enjin 4-stroke ia adalah bermaksud kerja memperbesarkan lubang silinder atau rebore blok yang akan dibincangkan nanti.Jadi maksud akan berubah bergantung pada jenis enjin motor itu.
 |
Dalam blok 2-stroke |
Potong blok atau rebore blok
Ha..perkataan ini tak lari ertinya samada pada blok 4-stroke atau blok 2-stroke.Bila pomen cakap potong blok maksudnya ia adalah merujuk pada kerja membesarkan lubang silinder,bertujuan untuk menggunakan piston baru dengan saiz lebih besar,alasan atau tujuan piston ditukar mungkin piston lama sudah rosak,piston jammed dan sebagainya .Lubang silinder akan dipotong mengikut saiz piston yang akan digunakan nanti.Boleh dikatakan juga kerja potong blok @ rebore dibuat hanya untuk menukar piston sahaja.
Ok,itulah lebih kurang penerangan yang boleh saya ulas mengenai erti potong blok dan korek blok motor.Harap selepas ini tak ada lagi kekeliruan jika bila orang bercakap tentang hal tadi.
Wassalam.