Salam semua,post baikimotor.com pada kali ini adalah sebagai pemberitahuan kepada anda yang mengikuti kami iaitu mengenai penubuhan channel Motor Ayam di YouTube.Sebelum itu sebagai pengenalan jika anda baru sahaja sampai kesini,blog Cakap Pomen Motor adalah blog berkenaan motosikal.Pelbagai isu dunia motor dikupas disini sesuai untuk pengguna motor biasa ataupun mekanik pemula.
Kelebihan blog ini tidak ada berbanding blog automotif lain cuma kami lebih mengutarakan banyak hal berkaitan belajar mekanik motor khas untuk pemula dari kosong.Berteraskan itulah kami hari ini mengumumkan bahawa kami telah membangunkan satu channel YouTube untuk menyokong pembelajaran anda secara video.
Dan kepada pengguna motor biasa juga kami akan berusaha terbitkan video untuk memberi sesuatu yang bermanfaat kepada anda di Motor Ayam.
Motor Ayam adalah channel YouTube yang berhubung kait dengan blog Cakap Pomen Motor.Kadang seperti yang anda lihat beberapa video dari channel kami itu turut disematkan didalam post blog kami terbitkan.
Subscribe Channel
Bagi tidak ketinggalan menonton video-video channel Motor Ayam terbaru yang akan diterbitkan anda boleh subscribe Channel kami sekarang.Tekan butang bertanda ‘loceng’ sebagai langkah pemberitahuan video terbaru telah diterbitkan.
Sumbang video
Kami telah fikirkan sesuatu yang menarik iaitu anda boleh mengajukan soalan kepada kami berserta video.
Contohnya anda menghadapi masalah motor berbunyi bising jadi agak sukar ditulis ditulis diruangan komen bagaimana bunyi itu terdengar jadi anda boleh kirimkan video kepada kami melalui alamat yang telah disediakan di
halaman contact kami ini.
Jadi hantarkan video yang jelas kepada kami supaya kami dapat membantu anda.Bukan itu sahaja,video anda juga akan diterbitkan di channel YouTube Motor Ayam untuk mendapat perhatian dijawab oleh pengguna-pengguna motor diluar sana juga.
Video-Video yang telah anda kirimkan itu dikira sebagai sumbangan besar untuk membantu kemajuan kami baikimotor.com.Terima kasih diucapkan.
Jika anda bersetuju menanya soalan sambil memberi sumbangan kepada blog ini bolehlah kirimkan segera video apa saja tentang dunia permotoran selain video yang disebutkan sebelumnya tadi.
Syarat kirim video
- Video asli milik anda tidak pernah diterbitkan dimana-mana platform online.
- Video jelas
- Tutup nombor pendaftaran motor anda sebagai langkah keselamatan.
- Nyatakan ini sumbang di blog sahaja atau juga di Motor Ayam
- Nama yang ingin atau tidak ingin dikenali sebagai penyumbang
Contoh video sumbangan yang telah diterbitkan

Pemberitahuan terakhir mengenai Channel YouTube Motor Ayam ialah
tidak semua video akan diterbitkan di channel itu ada beberapa hanya diterbitkan di blog ini sahaja kerana kami tidak inginkan blog ini terkubur begitu sahaja,dan terakhir terima kasih support kami.