Sebab apa bila naik motor saya rasa motor saya tak seimbang,lari ke kiri dan ke kanan? Kalau itu persoalan anda ke mari disini mungkin.Punca tak ada kesimbangan bila menunggang motor ia merujuk kepada masalah suspensi atau bahagian roda tayar.Paling kerap ialah ia berpunca dari roda tayar gelong samada tayar depan atau tayar belakang gelong.
Sebenarnya bukan tayar yang gelong sebaliknya ialah rim gelong.Rim lari ke kanan dan ke kiri kita sebut gelong,kalau ke atas ke bawah kita sebut rim bengkok..ini bukan mengajar bercakap ya tapi ini bahasa pomen kampung seperti saya ini.Jika terasa melenting atau tayar terasa lompat-lompat berkemungkinan rim sudah bengkok sebab anda terjun lubang tapi kadang ada juga ia disebabkan permukaan tayar rosak atau tayar tak naik.Tayar tak naik selalunya disebabkan kesilapan semasa pemasangan tayar itu.
Ok anda sudah boleh agak sebab apa motor anda terasa lari ke kiri dan ke kanan.Jadi macam mana cara mengatasi masalah ini.
Tukar rim gelong
Anda boleh menukar rim roda motor anda untuk selesaikan masalah sekarang.Jika motor anda menggunakan sport rim anda perlu beli satu pasang rim baru untuk gantikan rim yang sudah gelong itu kerana kebiasaannya tidak ada kedai yang menjual hanya sebiji sport rim melainkan satu pasang,dan jika anda mengguna pakai rim besi anda bolehlah menggantikan gelung rim gelong saja.Jimat atau tak itulah perbezaan kedua-dua jenis rim yang juga telah saya ulas dulu.
Lagi sebab rim gelong mungkin disebabkan bearing tayar rosak.Masalah bearing tayar rosak seakan sama seperti masalah tayar motor gelong.Cara untuk memastikan yang benar-benar masalah bearing atau tayar anda boleh membuat uji cuba sebegini.
Langkah periksa tayar gelong
Tongkat tengah motor anda
Periksa tayar depan-tolak ke kiri dan ke kanan.Jika roda saja terasa longgar kemungkinan besar ia berpunca dari bearing pecah atau telah longgar.
Langkah dua
Pegang fork depan,angkat bahagian depan dan pusing putar tayar depan itu lihat ia pasti gelong putarannya jika benar masalah rim.
Ulangi langkah ini kepada tayar belakang juga.Dengan cara ini anda dapat mengetahui yang mana motor anda hadapi masalah tayar gelong atau bearing rosak.