Motor bunyi Connecting Rod longgar

Gambar connecting rod lc135
Connecting Rod

Salam Ramadan,

Lagi bab enjin motor berbunyi dan kali ini cuba dengar pula bunyi connecting rod longgar yang keluar pada enjin motor Yamaha lc135 pada Video khas baikimotor.com dibawah.

YouTube video

Video
Durasi 0:20

Ok,bagaimana? Mungkin ada tidak punyai data internet hari ini jadi saya terangkan sikit apa yang berlaku dalam video di atas.

Kedengaran ada gabungan bunyi pada motor lc itu ya..pertama bunyi ketik-ketik halus dan kedua bunyi semacam hentakan kuat.Bunyi pertama tu saya katakan adalah bunyi tepet dan kedua pula ialah samada bunyi klac atau bunyi Connecting Rod(lengan ayun) longgar.

Cara repair bunyi rod longgar



Jadi cara repair motor lc ini saya akan membuat Top Overhaul terlebih dahulu kerana kedengaran ada 2 bunyi pada bahagian Top Overhaul Yamaha Lc itu dan ia perlu kita check jika benar Rod bunyi makanya kos yang agak besar ditanggung bagi membuat full Overhaul.

Motor enjin berbunyi pastinya menunjukkan ada sesuatu yang tak kena pada enjin itu.Biasanya pemilik yang ‘alert’ akan dapat dengari perubahan bunyi yang berlaku dari awal lagi kerana jarang berlaku kes enjin motor berbunyi bising secara tiba-tiba melainkan dimulai dengan bunyi yang kecil sebelum ia merebak.