Salam,ok post hari berkenaan kerja bengkel saya lagi,motor Yamaha lc135 tak boleh hidup tiba-tiba mati masa jalan.Sebelum owner sudah perasan yang air coolant tiba-tiba kering tapi owner hanya tambah air dan jalan balik seperti biasa,owner tak fikir satu hal yang lebih buruk telah terjadi pada enjin motor beliau sehinggalah ia mati semasa berjalan selepas itu.
Motor dicuba start tapi tak boleh,start engkol jadi kosong/lus dan terpaksalah tolak motornya ke bengkel MarmanWorkshop.
Ok,bila dapat motor hilang kompress macam ini saya akan check kompress/compression dulu.Sudah pasti benar bukan bahagian clutch jadi saya lanjutkan pemeriksaan ke bahagian top.
Selesai dibuka bahagian top overhaul motor Yamaha lc ini,ditilik disiasat akhirnya nampaklah punca ia hilang kompress.Lihat sendiri apa jadi
Block racing pecah
![]() |
Kesan pecah |
Itu dia sudah nampak? Blok pecah..
Jalan penyelesaiannya ialah terpaksa membeli sebiji block baru.Harga boleh tahan jugalah ya..
Motif kejadiannya,ialah kualiti pembuatan barang itu.Hati-hati menggunakan block racing yang besar-besar takut Slip block yang nipis boleh menyebabkan dinding blok jadi tak tahan panas dan akibatnya seperti hari ini motor Yamaha lc block pecah.