Alatan mekanik dan cara digunakan untuk membuang patahan skru
Baikimotor.com hari ini ingin kongsikan kepada anda khasnya yang mahu belajar mekanik(pemula mekanim)motor iaitu tentang cara membuka/cara membuang skru(sekrup) patah dalam pada bahagian motor seperti pada body atau enjin.Hal ini penting untuk dipelajari ya jika tidak bila ‘terkena’ kes skru patah pasti kerja kita tak dapat disiapkan kerana kita tahu cara membuatnya.
Insiden skru patah sering terjadi bila kita mengikat skru dengan daya terlalu kuat.Jika patahnya masih tertinggal sisa yang banyak ia mungkin mudah diambil keluar dan bagaimana pula jika patahnya sama rata dengan lantai atau lagi teruk bila lebih terkedalam.
Kod dalam article
Skru patah tak boleh buka
Sebelum ini saya telah kongsikan satu cara keluarkan skru lus yang belum baca boleh klik link di atas dan tambahan lagi kemahiran mekanik kita hari ini dengan 6 cara membuang bahagian skru patah yang tinggal didalam.
Teknik yang dikongsikan ini diambil dari satu video dari YouTube yang yang saya jumpai dan saya fikirkan ia adalah menarik dan bagus untuk sama-sama kita pelajari..terima kasih kepada penerbitnya.Ok mari kita lihat langkah-langkah dan metod yang dengan menggunakan alatan mekanik seperti di bawah;
Langkah 1-Pengetuk sama pemutar skru (obeng)
Bersihkan permukaan atas skru terlebih dari kotoran
Gunakan minyak pengakis seperti WD40,berikan pada patahan sekrup tadi atau dengan cara membakar.
Ketuk bahagian sisi patahan yang sedikit terkeluar dari lantai itu dengan pengetuk (hammer) dan pemutar skru perlahan-lahan mengikut arah membuka skru sehingga mula bergerak dan terkeluar.
Langkah 2 – pengetuk dan pahat
Sama juga seperti metod 1 iaitu mengetuk bahagian sisinya patahan skru.Gunakan pemahat yang tumpul ya jika ia tajam pemahat akan langsung membuang ‘daging’ skru itu.
Langkah 3 – Pengetuk dengan Pointer
Sama seperti metod 1 dan 2.Patahan sekrup diketuk perlahan-lahan pada sebelah atas dengan alat yang dinamakan Pointer.
Kod dalam article
Langkah 4 – Welding Nut
Langkah kali ini agak berbeza ya dan ini digunakan bilamana patahan skru lebih terkedalam bermakna kita tidak ada peluang untuk gunakan metod 1,2,3 di atas.Nut diletakkan di atas patahan dan di welding (pateri) pada sebelah dalam.
Saiz lubang nut haruslah lebih kecil dari patahan jika tidak welding akan mengena lantai.
Setelah di welding,Nut tadi dapatlah dipusing keluar bersama dengan skru patah itu menggunakan sepana mengikut saiznya.
Langkah 5 – Gunakan skru extractor
Cara menggunakan extractor ni ialah dengan membuat lubang terlebih dahulu pada patahan tersebut.
Pertama,ketuk pointer pada tengah patahan untuk memudahkan proses drill lubang yang akan dibuat.Patahan akan ditebuk terus menggunakan mata drill yang sepadan dengan saiz special extractor tersebut.
Setelah itu dimasukkan alat extractor di tengahnya dan diputar naik.Extractor di gunakan untuk memaksa baki patahan naik ke atas.
Langkah 6 – Drill terus
Langkah terakhir dikongsikan mengenai cara membuka skru patah pada motor ini ialah dengan cara menggunakan Drill terus.
Maksudnya Drill terus ialah kita menebuk lubang menggunakan mata mesin Drill secara terus sehingga tembusnya patahan tadi.
Ukuran saiz mata Drill yang digunakan ialah lebih kecil sedikit dari saiz patahan skru itu.Bermula dengan mata yang kecil sehingga mata saiz yang dikhendaki.
Kemudian kita perlu membuat thread(benang skru) baru menggunakan alat khas pembuat thread.

Ok,itulah 6 cara buka skru patah dalam yang dapat diberi ulasan dari terbitan sebuah video yang menarik dari YouTube rakan kita itu,moga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.wassalam.