Motor 135 lc One Way bearing pecah lagi

Salam,

Kongsi tentang kerja dibengkel hari ini_Lagi kes motor Yamaha lc135 One Way bearing pecah selepas hari tu sudah ‘terkena’ sebiji.Bearing clutch One Way ini kalau pecah kesannya motor mati bila masuk gear atau jadi macam ‘clutch kaki’ dan kadang jadi masalah penyetat tersekat-sekat ‘lus’.

Gambar auto clutch Yamaha lc135

First,customer suruh check masalah penyetat loose dan memang owner sudah pakai sudah beberapa bulan motor dia ini dalam keadaan ‘clutch kaki’ semulajadi..tanpa perlu buat..haha

Tapi selepas datang lagi satu masalah padanya iaitu starting loose barulah rasa tak boleh tahan..terpaksa buka clutch juga hari ini !

Dibukakan semua barang clutch jadi nampaklah kesan-kesan kerosakannya clutch motor Lc135 itu.Bearing One Way hancur pecah lagi..

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Gambar bearing one-way Lc 135

Clutch kaki

Jadi saya tukar gantikan dengan yang baru langsung saja pasang balik kesemuanya dan start.

Tapi malangnya masalah penyetat kaki masih loose..skru adjust clutch luar tu setting ok

Terpaksa buka lagi untuk kali kedua..target saya tentunya ada masalah pada clutch plate walaupun tadi semasa pasang nampak clutch plate baru lagi.
Selesai semua selepas itu pemasangan clutch Yamaha lc untuk kali kedua dengan sedikit adjustments pada clutch plate akhirnya berhasil.
Penyetat tak lagi loose,enjin pun tak mati lagi lepas masuk gear (clutch kaki).

Gambar clutch plate Lc 135

Dengan share kali ini harap dapat memberi anda tentang pengetahuan tentang pemasalahan bila bearing auto clutch/bearing One Way pecah supaya memudahkan kerja anda membaikpulihnya selepas itu.Ok sekian saja kongsian ini,jangan lupa tunggu kemunculan posting baru Cakap Pomen Motor selepas ini.wassalam.