Kesan kerosakan pada enjin apabila timing chain motor putus
Salam–apa akan jadi pada enjin motor tu bila timing chain putus seperti satu kes yang saya dapat dibengkel hari ini.
Lihat gambar atas tu..
Teruk kann! Lihat head motor Yamaha lc135 yang sudah macam kawah gunung berapi dah bila tengok.Satu biji valve putus(lain bengkok) dan cylinder head yang berlubang-lubang kesan terkena serpihan piston yang hancur berkecai tu.Lihat pula cylinder block dia,pecah habis(jual besi buruk) sudah tak boleh pakai lagi.
 |
Cylinder head |
 |
Cylinder block |
Cara baiki dia macam mana?
Motor lc ni untuk baiki semula kerosakan kena buat overhaul sebabnya connecting rod dia ikut sekali jahanam tambahan lagi kena buang serpihan piston pecah yang masuk kedalam enjin tu.
Barang-barang enjin yang perlu ditukar ganti baru ialah
- Block cylinder
- Piston
- Rod
- Timing chain
- valve
Barang yang perlu dibaik-pulih semula ialah head cylinder (nasib baik).
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Macam-mana boleh rosak seteruk tu kesan daripada timing chain putus?

Ok saya terangkan sedikit untuk pengetahuan anda pembaca Cakap Pomen Motor yang dihormati..
Bila kita faham yang timing chain berfungsi sebagai alat penghubung diantara Crankshaft dengan Chamshaft-timing chain duduk ditengah-tengah.Ini bermakna Chamshaft yang berada di head cylinder akan bergerak seiringan dengan crankshaft berputar.
Chamshaft berfungsi sebagai alat pemaksa buka dan tutup valve,selagi Chamshaft berputar maka dengan itu bermakna valve akan sentiasa berkerja secara buka tutup.
Piston pula berkerja secara turun-naik mengikut putaran crankshaft dengan alat perantaraannya ialah con rod.
Semua komponen enjin 4-lejang/4-stroke di atas berkerja seiringan mengikut susun atur kitaran 4-lejang <— baca.
Jadi momen ketika timing chain putus akan berlaku langkah songsang -yang dimaksudkan ketika valve terbuka piston berada di atas/top dan menyebabkan perlanggaran kuat antara mereka..kecepurrrr bangg boom..!!
Valve putus,piston pecah,con rod pula terkandas..perh!! tragis..itulah penyebab seteruk itu kerosakan motor Yamaha lc135 yang dapat anda saksikan hari ini disebabkan satu kegagalan komponen berfungsi -rantai kecil atau timing chain putus.
 |
Block baru lahh.. |
Perkongsian hari ini hanya sekadar memberi teladan dan pengetahuan untuk anda supaya berhati-hati dan alert dengan kondisi dan bunyi-bunyian pelik terhasil pada enjin motor anda supaya nanti tak menanggung kos membaik-pulih kerosakan yang tinggi..lihat timing chain satu punya pasal banyak benda jahanam.Ok salam jumpa lagi jaga motor anda dan pandu cermat jiwa selama
-wassalam-baikimotor.com