Salam pembaca – Kalau anda adalah pengguna motor skuter Modenas Elegan ini adalah artikel khas untuk anda.Seperti sebelumnya pasti ada post tentang kerja harian pilihan dari bengkel MarmanWorkshop yang CPM akan kongsikan untuk anda disini dan post hari ini ialah kerja men-servis skuter Elegan 150cc yang mengalami masalah sempot ketika berjalan.Sempot bukan sikit ya,langsung tak boleh laju..pulas minyak enjin jadi macam ‘letop-letop’.
Langsung saja jadi langkah membuat servis motor keluaran Modenas ini bermula pada bahagian karburator
Proses servis
Semua bahagian dalaman karburator dileraikan,di cuci bersih,lubang-lubang jetting,injap semua saya ‘kasi tembak’ supaya tak ada yang tersumbat.Maaf tak sempat ambil gambar lah!
Ok,selepas siap servis karburator saya terus pula servis air filter.Agak kotor juga bahagian ini semasa dibuka,pastinya owner banyak guna laluan berdebu.Sepatutnya air filter perlu digantikan apabila tersumbat dan memandangkan alatganti Elegan kehabisan stok ditambah kesuntukan masa untuk mencarinya jadi saya bersihkan saja dan pasang balik.
Tugasan terakhir servis ialah tukar minyak enjin dan minyak gearnya.Minyak enjin saya guna Castrol Skuter Activ supaya memenuhi kehendak enjin motor jenis skuter ini.Plug baru dan masih berkeadaan baik jadi saya tak tukar ya!
Selesai sudah semua proses servis Elegan yang sempot ni tapi belum siap satu lagi perkara tambahan iaitu masalah leaking pada bahagian enjin sebelah magnet dia.Bocor minyak hitam disebabkan gasket pecah jadi perlu membuat penukaran gasket baru.
Masa yang diambil kira-kira setengah hari juga untuk melakukan semua proses servis.Setelah siap langkah terakhirnya ialah uji cuba dan masalah yang dihadapi Modenas Elegan ini sudah tiada lagi,kembali bertenaga..laju juga juga ya motor ni..rasanya kalah kebanyakan skuter 125cc yang popular kat Malaysia ni 😉
Apa punca sebenarnya jadi semput ialah berkenaan sistem karburator yang gagal berfungsi dengan baik berikutan ada injap-injap dalaman karburator yang tersumbat kesan dari perjalanan harian jadi membuat servis adalah cara pemulihannya.Kepada anda pemilik skuter Modenas Elegan harap dapat sedikit info pada post kali ini dan kita bertemu lagi dikesempatan pada masa akan datang dengan tajuk berlainan pula..wassalam.