Cara ketatkan rantai motor yang kendur

Gambar rantai motor



Belajar tarik rantai motor

CPm kembali berkongsi lagi ilmu mekanik untuk anda pada kali ini tentang perkara asas seorang mekanik yang mesti tahu melakukannya iaitu mengetatkan rantai motor atau bahasa lain kita sebut ‘tarik rantai’.Terlebih dahulu terima kasih kepada anda yang setia bersama kami dan jika anda baru CPM adalah blog tempat belajar mekanik motor online percuma.

Saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada moga bermanfaat untuk anda yang ingin kerja sebagai mekanik atau sekadar menjadi mekanik motor sendiri anda telah datang ketempat yang tepat saya berharap.Seperti post yang telah diterbitkan terdahulu saya mengulas setiap tajuk tutorial bersama gambar dan kadang berserta dengan video sekali- hanya di baikimotor.com.


Gift cara tarik rantai ex5
Step tarik rantai motor Ex5

Ok langsung saja bagaimana cara ketatkan rantai motor MLE Xtm 200 yang sudah kendur supaya menjadi regang.

Ini adalah diy cara ketatkan rantai motor sendiri bagi yang rajin buat sendiri tapi kalau rasa diri tu malas main sepana beli saja alat penegang rantai automatik macam gambar kat bawah ni, ada jual kat mana kedai sparepart motor, beli online pun boleh sekarang ya… Ehemm tapi berat la sikit motornya
Gambar alat penegang rantai automatik

Ok lanjut, Pertama sekali anda perlu pergi ke roda belakang dan berkenalan dengan sebiji skru atau lebih tepat nut roda pada swing arm.

Nut ini fungsinya ialah untuk kunci roda supaya tidak bergerak kedudukannya pada swing arm dan kaedah rekaannya adalah kebanyakannya berbeza bagi setiap jenis motor,ada menggunakan satu nut seperti motor yang boleh anda lihat pada tutorial ini iaitu model MLE xtm 200 dan ada pula guna  1 lagi nat pengikat sprocket  seperti motor Honda c70 ataupun Ex5.

Langkah meregangkan rantai motor

Sebagaimana kerja kita disini ialah untuk mengetatkan rantai makanya kedua-dua nut pada ‘shaft tayar’ itu kita perlu Longgarkan supaya roda dapat digerakkan.

Apabila roda digerakan ke belakang bererti rantai akan menjadi regang secara automatisnya.Jadi kita Longgarkan semua nut yang bersangkut-paut dengan roda supaya roda boleh kedepan dan kebelakang.Sudah faham mari kita mulakan.

Gambar nut roda tayar belakang motor

Pertama sekali nut roda perlu longgarkan,longgar sahaja tak perlu buka dan lihat pula pada nut pelaras rantai yang terdapat pada hujung kedua-dua belah lengan ayun itu (swing arm).Buka dengan sepana dan longgarkan habis sampai ke hujungnya..kedua-dua side yaa..

Gambar nat pelaras rantai
Nut/nat pelaras rantai

Langkah-langkahnya;

  1. 1-ketatkan nut pelaras secara sama rata kedua-belah sehingga anda melihat rantai menjadi regang.
    2-Rasa untuk periksa regangan rantai dengan jari anda supaya ia benar regang.
    3-Longgarkan kembali kedua nut pelaras tadi sedikit sahaja,juga sama rata (balance) sehingga apabila anda check rantai sekali lagi ia boleh ditolak keatas atau kebawah dengan jarak anggaran 1 inci – jarak kelegaan.
Gambar cara periksa regangan rantai

4-Jika anda perolehi seperti itu sekarang bolehlah ketatkan nut roda tayar kembali,diikuti nut pelaras rantai.
5-Periksa kali penghabisan regangan rantai kembali untuk memastikan ia sempurna tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.Jika ia meleset silalah ulangi langkah meregangkan rantai seperti sebelumnya.

Rantai kendur sangat

Penghabisan ialah check balance roda tayar lihat dari belakang untuk memastikan kedudukan roda sama rata dilihat kiri-kanan.Ini adalah teknik digunakan untuk melihat balance roda yang membantu kerana kadang-kala ‘mark’ pada pelaras rantai ‘lari’.

Gambar penanda aras rantai motor
Lihat garis-garis mark atau
Penanda aras rantai

Ingat! Pastikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Rantai motor  terlalu longgar/kendur boleh mengakibatkan insiden jatuh rantai nanti jadinya macam zaman naik basikal pula,asyik-asyik masuķan rantai jatuh..haha
Ketat sangat pun tak boleh juga nanti jalan berbunyi..krak!..krak!..parah lagi kalau putus..jadi berhati-hati ya.

Ok,rasanya tidaklah begitu susah untuk anda melakukannya berpandukan langkah-langkah yang diberi.Tapi bagaimana pula jika rantai tidak boleh diregangkan lagi-maksudnya nut pelaras sudah ‘diikat’ habis tetapi rantai motor anda masih lagi kendur.Ikutilah pembelajaran kedua selepas ini iaitu cara memotong rantai.
Salam jumpa lagi wassalam.