Cara memotong untuk pendekan rantai motor yang sudah panjang menggunakan alat pemotong rantai
Ok,post sebelum ini anda sudah belajar cara tarik rantai yang wajib anda kuasai(baca) terlebih dahulu jika belum kerana sekarang adalah sambungan pembelajaran mekanik motor ialah cara potong rantai atau pendekkan rantai motor atau rakan serumpun kita sebut cara kencangkan rantai sepeda motor.Semestinya bila rantai sudah terlalu panjang jalan mengatasinya ialah kita perlu mengerat,memotong untuk pendekan rantai motor tersebut.Pelbagai cara sebelum ini pernah orang buat ada yang menggunakan paku,punch,grind sebagainya tapi kini alatan mekanik yang moden dan menyenangkan kerja kita banyak dijual dipasaran,jadi saja satu alat pemotong rantai seperti dibawah.
Langsung saja macam mana kita perlu buat nak potong rantai ni?
Pertama buat seperti cara anda mahu tegang rantai,longgarkan nut tayar dan nut pelaras(longgar habis) rantai dan tolak roda kedepan.
Langkah-langkah seterusnya adalah seperti dibawah.
1-Cari master link atau disebut pin rantai(satu link yang ganjil) seperti gambar di atas
2-buka klip dan buang mata (link) rantai,gunakan playa ragum seperti gambar dibawah.Caranya ialah-kepitkan pada hujung klip (terbuka)
dan tolak ke tepi.Tak faham tak apa boleh tengok dalam video dibawah.
3-Tanda berapa ‘mata’ yang mahu anda ‘buang’.Pastikan anda potong pada tempat yang betul dan bilangan yang mahu dibuang juga betul supaya nanti rantai tidak menjadi terlalu pendek.Seperkara lagi bukan semua tempat(link) boleh dipotong lihat gambar dibawah,hanya pada pin-pin bertanda biru sahaja.Lagi sekali pastikan roda betul-betul habis ditolak kedepan pada masa ini kerana kita mahu tanda tempat yang harus dipotong dengan benar.
![]() |
Hanya pada pin yang ditandai Warna biru sahaja |
Dalam gambar diatas lihat setelah klip rantai dibuang sekarang potonglah pada pin-pin bertanda biru daripada mula (selang satu pin)
![]() |
Gambar 1 |
Petama sekali rapatkan hujung rantai semaksimal mungkin seperti gambar 1,tapi memandangkan pin disitu tidak boleh dipotong kerana berada pada mark yang salah jadi tepaksa kita undurkan(kendur) satu mata kebelakang seperti gambar 2 dibawah
![]() |
Gambar 2 |
Dalam gambar 2 saya telah mendapatkan pin yang dibenarkan dipotong walaupun rantai agak kendur disitu.Inilah tempat harus dipotong.
3-Gunakan alat pemotong rantai tadi,boleh lihat video dibawah tentang tutorial cara menggunakan pemotong rantai.
4-Sambungkan rantai kembali dengan memasukan semula pin rantai itu samada yang lama atau yang baru.
5-Regangkan rantai dan ketatkan semula nut pengikat roda belakang dan juga nut pelaras rantai yang anda longgarkan permulaan tadi.

Selesai sudah tugasan anda memendekan rantai motor anda..diharapkan anda mampu membuat dengan jayanya.Ingat hal yang paling penting semasa mengerat/memotong rantai motor ialah tanda bilangan mata yang mahu dikerat dengan betul,itu bahagian yang perlu waspada jika kesilapan terjadi rantai terlalu pendek untuk disambung semula.Ok sekian sahaja kali ini kita bertemu lagi di pembelajaran mekanik dikesempatan lain dengan tajuk berbeza pula.Wassalam.