Clutch plate Yamaha 125z terbaik



Gambar bahagian clutch Yamaha 125z

Salam-Antara punca masalah motor hilang kuasa ialah berkaitan hilang cengkaman clutch.Diatas faktor pemakaian yang lama atau kegunaan yang lasak akan menyebabkan clutch/kopling haus.Haus pada permukaan plate fiber mengakibat clutch licin tidak dapat memegang kuasa sehingga rpm tertinggi dan kedengaran suara enjin yang membesar tapi motor tak ‘pegi’
Itulah antara tanda-tanda clutch habis dan perlu di tukar

Seperti kes hari ini berlaku pada Yamaha 125z yang clutch gagal mencengkam disebabkan hanya sekeping clutch lama dipasang pada enjinnya.

Clutch plate original Yamaha

Saya telah menggantikannya dengan clutch plate baru original Yamaha dan ia adalah clutch plate Yamaha 125z terbaik.

Saya lebih memilih alat ganti motor original untuk dipadankan pada enjin-enjin motor khasnya yang sudah buat modifikasi seperti ini.Ia lebih terpercaya.

Hasil uji clutch

Setelah pemasangan siap dan membuat pandu uji hasilnya positif,enjin pergi laju tanpa mengerang kesakitan semasa menggunakan clutch plate lama tadi.Hanya sekeping yang bermasalah telah memberi kesan kepada prestasi enjin.

Menjual clutch plate original

Gambar clutch plate Yamaha 125z terbaik

Ok jika anda menhadapi masalah yang sama pada motor 125z anda dan kesulitan alat ganti ini boleh dibeli secara online bersama MarmanWorkshop.Kami menjual clutch plate original 2018 dengan harga rm18 sekeping.

Cakap Pomen Motor “clutch  atau barangan lain..lebih suka sparepart original dari yang menggunakan label “racing”..pandu cermat jiwa selamat..wassalam”