Cara ganti brek pad disc motor

Gambar brek pad haus



Panduan cara ganti brek disc motor sendiri– Brek adalah satu komponen motor yang sering perlu diganti baru,baik motor yang menggunakan sistem brek gelendong (lining brek) ataupun yang guna disc brake.Ini kerana faktor pemakaian adalah mengakibatkan pad brake haus dan cengkaman membrek pun semakin berkurang dan ini menimbulkan situasi yang mana disebut “brek tak makan”.Jadi sebagai langkah menjaga keselamatan kita menunggang dijalanraya keutamaan kita berikan kepada brek agar sentiasa berada tahap kemampuan mencengkam yang maksimum.

Jadi hari ini seperti biasa blog mekanik motor ini akan mengajar anda satu lagi pembelajaran membaiki motosikal khas kepada mekanik pemula tentang cara menukar brek pad motor (pad disc) dan bagi yang sebagai hobi saja suka buat mekanik motor sendiri boleh belajar juga hal ini sekarang..:)

Cara menukar pad disc belakang motor skuter modenas Elegan

Motor yang digunakan sebagai modul pembelajaran kita disini ialah motor skuter elegan 150cc tapi bukan bermakna tutorial ini khas untuk motor ini sahaja bahkan ini adalah asas menukar pad disc bagi semua motor yang pakai brek disc.Tukar pad disc depan atau belakang tak kisah,langkah membuatnya lebih kurang sama ya..

Terlebih dahulu siapkan bahan-bahannya;

  • Disc pad baru
  • Spana L-key
  • Spana 12 ring(motor lain)
  • Spana 8 ring
  • Minyak brek

Memasang pad disc baru

Gambar cara memasang pad brek

Ok,ini waktunya untuk kita membuka dan meleraikan sebahagian komponen pump brake disc motor kita supaya dapat kita gantikan pad yang sudah haus(rosak) itu.

Langkah pertama buka skru L-key saiz 12′ tapak pam brek terlebih dahulu

Gambar cara buka pam disc brek

Sesudahnya 2 biji skru(atas) tapak pam dibuka bolehlah ditarik pam keluar.Sekarang pad brek pasti tertinggal disitu melekat di piring disc dan bolehlah cabut untuk  digantikan dengan yang baru.

Gambar cara gantikan pad disc

Menuas piston pam brek

Gambar Cara bersihkan pam brek.

Sebelum pam brek terus dipasang semula pada tapaknya,biasanya diperlukan menuas turun piston brake pump.Ini supaya nanti piring disc muat masuk dicelah pad baru yang tebal itu

Gambar cara tuas piston brek

Cara turunkan piston brek yang berat

  • Gunakan pad lama sebagai pengalas
  • Masukan sebarang penuas leper ditengah antara pad
  • Tuas piston kebawah

Piston telah meninggi naik apabila pad lama yang telah nipis,jadi untuk mendapat ruang perlu diturunkan piston-nya kepada posisi asal

Gambar kedudukan piston brek

Seperkara lagi sebelum anda tuas piston sebaiknya dibersihkan kotoran yang melekat pada dinding luar piston pam brek itu supaya ia mudah turun

Jika piston terlalu berat/ketat untuk dituas kita gunakan pula cara ini

Gambar bleeding skru

Buka skru 8′ (bleeding nut) di pam brek untuk keluarkan sedikit minyak brek terlebih dahulu dan tuas piston kebawah.Berhasil?..kunci kembali bleeding nut itu.

Pastikan anda ingat kedudukan komponen brek itu ya..kalau lupa nanti tak boleh pasang der..

Periksa brek penghabisan kali dan cara bleeding brake

Pada saat sudah selesai memasang balik,kita perlu uji cuba brek.Kebiasaannya,di awal ini mungkin brek ‘tak makan’ lagi jadi anda harus buat langkah penghabisanya iaitu anda perlu mengepam brek berulang kali.Sambil itu sila lihat level minyak brek pump atas@brek tangan kiri pada motor skuter ini atau dibahagian pedal brek kaki untuk motor gear manual,jika kurang sila tambahkan minyak brek lagi.

Gambar pam brek atas

Bleeding brake ialah satu langkah untuk membuang buih-buih udara didalam saluran sistem brek disc itu yang selalunya kita sebut ‘buang angin brek’.

Cara bleeding brake kadang-kala memakan masa agak lama kerana angin/udara yang banyak ada terperangkap dalam saluran paip brek atau dalam pump break itu sendiri.Puncanya ialah kerana kerja anda buat sebelumnya tadi yang mana anda ada membuka skru 8′ bleeding brake itu ketika mahu menuas piston agar kebawah,jadi mungkin agak banyak minyak brek yang sudah terkeluar dan disaat anda mengikat kembali skru itu udara telah terperangkap didalamnya.Jadi kita perlu membuang angin itu

Isi minyak brake

Buka punutup tangki minyak brek dan isi minyaknya.Tak perlu tutup kemas penutup tangki hanya sekadar letak ia diatas tangki kecil itu supaya dapat menghalang minyak brek melompat keluar saat anda mengepam minyak nanti

  1. Tekan pedal brek belakang motor itu beberapa kali contohnya ikut kiraan 3 dan berhenti,tahan pedal dalam posisi menekan brek
  2. Sambil dalam keadaan tadi anda buka dan tutup dengan cepat skru bleeding pump brake itu
  3. Ulang lagi mengepam dan buat langkah yang sama seperti tadi sehingga anda mula ‘merasa’ brek sudah ada.
  4. Sudah dapat membrek pada keadaan normal silalah tambahkan lagi minyak brek jika perlu
  5. Selesai sudah bleeding brake

Video bleeding minyak brek

Keselamatan ketika bleeding brake

Jika anda membuat dengan betul,brek anda dapat mencengkam pada tahap maksimum ketika mem-brek
tapi jika kurang ‘makan’ biasanya masih ada lagi angin dalam brek dan perlu diulang bleeding.

Awas! Minyak brek adalah menghakis dan ketika bleeding anda tidak boleh berada pada posisi depan skru bleeding..nanti bila ia terpancut keluar boleh terkena mata.Jika malang tak berbau sila basuh dengan air bersih dengan cepat,jangan gosok mata anda sebelumnya.

Minyak brake juga menghakis cat motor anda,oleh itu semasa kerja menukar pad disc motor kita perlu siapkan air sabun untuk dicurah pada mana-mana bahagian motor yang terkena denganya.Curah saja air sabun tanpa perlu dilapkan dengan kain pada bahagian itu..biarkan saja