Tips membeli blok racing – Salam,justeru untuk mempertingkat kuasa enjin motor- menukar cylinder block racing adalah kebiasaannya dilakukan pemilik motor itu. Memandangkan menukar block(blok) motor kerap dilakukan sendiri dirumah oleh beginner mekanik dan sering kali antara mereka tidak menitik beratkan kualiti sebaliknya hanya mencari blok bersaiz besar dan harga murah sahaja.
Pakai block racing racing enjin jadi bising
Anda boleh membeli block-block motor yang bersaiz sebesar mana pun anda suka tapi jangan lupa pastikan juga ia bersesuian dengan enjin motor anda. Dan terutamanya penekanan post baikimotor.com kali ini ialah cara pastikan block baru dibeli itu tidak mendatangkan masalah enjin bunyi bising seperti ketukan atau ‘knocking’ pada block selepas dipasang. Pastinya anda tidak mahu membuat kerja dua kali bukan? dan merugikan wang ringgit lagi.
Tak dinafikan hal yang banyak berlaku pada kawan-kawan kita kecewa bila enjin berbunyi bising selepas baru sahaja menukar blok. Padahal block baru saja dibeli, apa punca dia boleh berbunyi? Kebiasaannya block yang telah lama dipakai atau block lepas jem saja akan mengeluarkan bunyi. Apapun alasannya, block motor anda tetap perlu dibuka semula untuk pemeriksaan.
Block longgar
Kebanyakan blok racing murah tidak semua boleh dipasang terus sebaliknya perlu di rebore. Alasannya, adalah block longgar.