Salam- bro kalau nk tukar karburator baik beli yang original. Sebabnya karburator ni ialah satu alat suapan bahanapi untuk enjin motor dan ia amatlah sensitif dan kritikal. Barangan tiruan amatlah murah tapi jujur saya cakap dari pengalaman saya sebagai mekanik motor ia adalah amat merugikan dikemudian hari,silap-silap bro terpaksa beli karburator baru lagi.
Karburator Rxz 135 original
Kebiasannya yang pakai motor Yamaha 125z, karburator Rxz adalah pilihan klasik untuk motor mereka. Kelebihannya berbanding karburator motor lain ialah ia mudah untuk dipasang terus pada 125z(sedikit pengubahsuian pada cable minyak) dan juga ia mudah untuk di setting.
Hari karburator Rxz 135 ori kedai ini dijual pada harga RM250 seunit. Perhatikan ciri-ciri karburator ori ini pada gambar yang saya kongsikan. Jadi bro kalau berkenan dihati dengan untuk membeli karburator baru Rxz yang tidak ada masalah,terbaik bolehlah hubungi MarmanWorkshop hari ini.Sekian terima kasih.