Sambungan dari artikel semalam, cara enjin 4T/4-stroke/4 lejang tidaklah sukar untuk difahami. Sebuah enjin dengan bahagian pembakaran lengkap telah membolehkan enjin itu dihidupkan seumpama jantung telah pun berdenyut, tinggal lagi diperlukan adalah otot-otot penggerak kaki untuk melangkah.
Komponen dalaman enjin 4T
Kuasa yang terlahir dari bahagian pembakaran diagihkan melalui hujung crankshaft kepada sistem clutch. Kemudian tenaga itu dihantar pula kepada sistem gearbox dan seterus melalui shaft gearbox kuasa itu mula memutarkan roda belakang menggunakan sprocket dan rantai sebagai pemacu.
Sistem clutch
Biasanya, 2 jenis sistem clutch pada motosikal samada sistem clutch manual ataupun auto. Pendek kata, motor yang menggunakan clutch manual akan terdapat tangan clutch pada bar handle- penunggang perlu menarik atau melepaskan tangan clutch semasa membuat pertukaran gear.
Sistem clutch auto pula dapat dikenalpasti digunakan bilamana motor itu tidak mempunyai tangan clutch- penunggang lebih rileks menukar gear tanpa perlu menarik tangan clutch. Itu adalah cara kenal pasti samada motor itu adalah motor clutch manual atau automatik.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Melihat lebih dekat secara mekanikal clutch berfungsi ialah sebagai pusat kawalan kuasa enjin.
Memberhentikan seketika semasa pertukaran gear adalah tugas clutch.
Gearbox
Pertukaran gear 1,2,3… Dilakukan dari luar oleh penunggang dengan menekan pedal gear. Dilihat dari cara kerja dalamannya, setiap pertukaran gear dilakukan dari luar akan mengalihkan posisi gegancu gear tertentu didalam gearbox. Pada masa proses inilah kuasa enjin perlu diputuskan seketika supaya pertukaran gear speed akan berlaku dengan lancar, tiada lompatan terasa, gear keras, enjin mati(gear 1).
Gearbox berada di dalam crankcase(kulit enjin tengah) terpisah dari kedudukan clutch dan terdapat rongga-rongga untuk aliran minyak perlincir.
Sistem aliran pelincir
Enjin memerlukan minyak perlincir untuk menjaga komponen-komponennya daripada berlaku hakisan juga untuk sejukan suhu. Di dalam sebuah enjin 4-stroke petrol, minyak pelincir mengalir ke seluruh bahagian enjin kecuali pada kebuk pembakaran(pada head cylinder) dan seluruh ruang di atas kepala piston. Jika melepasi kawasan itu kerosakan enjin serius bakal berlaku- petandanya keluar asap putih.
Oil pump gear
Memandangkan aliran pelincir secara semulajadi agak lambat sampai, disini oil pump gear sebagai komponen tambahan diperlukan untuk mengepam pelincir kebahagian paling jauh/atas – bahagian top.
Balancer
Animasi enjin motor
Sungguh nikmat menunggang motosikal dengan enjin moden kerana tiada gegaran terasa. Terima kasih ke atas penciptaan balancer, berfungsi sebagai alat pengimbang dalam enjin untuk membuang gegaran.
Umumnya, sebuah enjin motosikal lengkap memerlukan pelbagai lagi komponen sokongan (seperti bearing, shaft gear, timing chain, flywheel) untuk enjin berjalan lancar dan sempurna. Dengan artikel ini dan link-link dibaca diharap dengan mudah anda memahami asas cara kerja enjin 4T Kita sambung pula di artikel seterusnya selepas ini-wassalam. Sambungan artikel cara enjin 2 lejang berfungsi
Credit :