Cara kerja enjin 2 lejang

Pemahaman mekanik tentang cara kerja enjin 2 stroke/lejang

Preengg… Preeenngg!!  Bunyi yang unik keluar dari motor 2-lejang kadang membingitkan telinga, bagi yang menyintai 2-stroker ini sound itu cukup indah dan menghairahkan. Jadi hari ini sambungan pelajaran mekanik ialah penerangan tentang cara kerja enjin motor paling popular sepanjang zaman iaitu enjin 2 lejang/2 stroke/2T

Ada perbezaan sebenarnya enjin diantara enjin 2-lejang sama enjin 4-lejang(telah dibincangkan). Selain bunyi yang berbeza, jelasnya enjin ini menggunakan minyak 2t sebagai pelincir enjin tambahan.

Masih menggunakan minyak 4t pada bahagian clutch dan transmisi, tapi pada bahagian ruang pembakaran tertutupnya enjin ini memerlukan 2t sebagai bahan pelincir untuk melindungi dari hakisan komponen utama disitu seperti piston dan ring, connecting rod, crankshaft dan bearing.

Tanpa minyak 2t pada enjin jenis ini akan menyebabkan kerosakan enjin yang serius.

Di kenali dengan nama 2-lejang adalah kerana enjin ini memerlukan 2 gerakan untuk melengkapkan pusingan enjinnya. Lebih mudah faham, 2 gerakan turun naik piston membolehkan enjin itu hidup.

Ruang bakar enjin 2-lejang adalah cukup ringkas. Biasanya terdapat 1 piston(omboh), 2 ring piston, connecting rod dan crankshaft(aci engkol) sebagai komponen utamanya. Cara ia berfungsi adalah seperti ini

Cara komponen dalaman enjin 2-lejang berfungsi

Gambar komponen block, head, crankcase enjin 2 lejang

Sistem penghantar bahan api 2-lejang bermula dari karburator melepasi reed
valve akan memasuki inlet block cylinder mula berkumpul ke ruangan crankcase kerana daya tarikan piston ke atas.

Gerakan 1

Apabila piston menurun kembali akan mengakibatkan tekanan wap bahan api terkumpul tadi, lalu memaksa wap itu naik ke atas kepala piston melalui transfer port(lubang tepi blok).

Gambar dalam enjin 2t, inlet port, transfer port, exhaust port

Gerakan 2

Piston mula naik sekali lagi ke atas lalu memampatkan bahan api dan pada hujung gerakan ini(TDC) bahan api termampat tadi akan meletup setelah di nyalakan oleh spark plug.

Kuasa enjin mula menolak piston kebawah kerana kuasa letusan tadi, meninggalkan(mengeluarkan) sisa pembakaran sebagai asap. Setelah piston menurun melepasi tranfer port bahan bakar mula masuk ke atas kepala piston(proses awalan tadi diulangi)

Animasi gif enjin 2 lejang

Juga menggunakan minyak 4T

Perbezaan enjin 2 lejang dan 4 lejang umumnya hanya pada bahagian pembakaran. Sistem kerja komponen lain di bahagian dalam enjin adalah sama iaitu ia memerlukan sistem clutch dan gearbox untuk memacu roda motosikal.

Namun sedikit perbedaan adalah pada spot tertentu khasnya pada sistem aliran minyak pelincir 4t. Oleh kerana enjin 2-lejang menggunakan minyak 2t, jadi struktur dalaman enjin telah direka terpisah untuk menghalang daripada minyak 4t masuk ke kawasan larangan itu(2T).

Pada rongga dimana koneksi perlu antara crankshaft dan clutch itu ditampal dengan oil seal sebagai menghalang pelincir 4t menyusup masuk ke ruang pembakaran.

Minyak pelincir juga diperlukan pada enjin 2 lejang untuk kegunaan pada bahagian clutch dan gearbox.

Enjin 2 stroke kuat minyak

Setelah difahami gambaran cara komponen 2-stroke(lejang) ini befungsi, pasti ditemui kelemahan enjin ini ialah berlaku masalah motor kuat minyak petrol. Kecepatan pembakaran menghasilkan 2 kali ganda tenaga pada enjin jenis ini adalah kelebihan mengatasi enjin 4t, akan tetapi penggunaan petrol turut meningkat.

Semasa lejang mampatan, sebahagian daripada bahan api tertendang keluar terlebih dahulu sebelum piston melepasi exhaust port. Disini mengakibatkan pembaziran bahan api berlaku berbanding enjin 4t setelah lejang ambilan valve serta merta ditutup.

Gambar komponen dalam enjin 2 lejang, piston, crankshaft,bearing

Penambahbaikan rekaan enjin

Namun pihak engineer pengeluar masing2 sedar akan kekurang enjin 2t ini, rekaan porting mengkagumkan pada block cylinder, head cylinder dan sistem ekzos itu sendiri telah berjaya mengoptimumkan penggunaan bahan api pada motosikal enjin 2 lejang.

Sumbangan kepada alam sekitar

Admin pun tidak pasti sekarang samada kerajaan Malaysia telah mengharamkan atau tidak pengeluaran motor enjin 2 lejang, setahu admin tidak lagi kelihatan dijual pada mana-mana kedai jual motor kecuali motor keluaran lama.

Mungkin motor 2 lejang mengakibatkan pencemaran alam sekitar kerana enjinnya banyak mengeluarkan asap. Lori, kilang-kilang lagi banyak asap derr…

Ok, sekian dulu pada bab ini kita bersambung pada bab seterusnya. Wassalam

Credit photo:
https://youtu.be/Z6YC3I54so4





Leave a Comment