
Salam, khas untuk pemilik motor Honda cub c70 mengalami masalah pada karburator yang perlu digantikan dengan yang baru, disini CPM syorkan anda membeli sebiji karburator baru jenama ini.
Carburetor buatan Honda Thailand ini adalah murah untuk dibeli sebagai pilihan utama pada masa sekarang yang mana karburator buatan Japan sukar untuk diperolehi dan harganya yang mahal. Jadi inilah karburator terbaik untuk dipakai pada motor anda.
Enjin tidak mati lagi selepas tukar karburator
Beberapa hari yang lalu dibengkel Marmanworkshop, sebuah motor Honda c70 yang mengalami masalah semput dan mati plug(plug jadi hitam) dikenal pasti berpunca daripada kerosakkan karburator. Jadi penyelesaian adalah perlu menggantikan karburator yang rosak itu dengan yang baru.
Setelah dipasang siap dengan karburator ini hasilnya adalah positif, tiada lagi masalah semput dan timing pun cantik,tak ada enjin mati-mati lagi. Saya cukup puas hati dengan jenama ini dan syorkan anda membelinya. Di bawah saya ada video review-nya yang anda boleh lihat hasilnya setelah dipasang dan jangan lupa lihat ciri-ciri karburator ini, pastikan ia sama jika membelinya nanti.
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |

Semoga review kali ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari secara online tentang karburator jenama apakah yang murah lagi terbaik untuk Honda c70 kesayangan anda itu. Tak suka yang standard macam ni boleh cuba tengok carburetor wave 125 yang telah saya review sebelum ini, boleh pJangan lupa follow blog baikimotor.com untuk pelbagai lagi review alatganti motor selepas ini. Wassalam