4 tanda tayar motor anda sudah tiba waktu untuk ditukar

Bila waktu perlu tukar tayar motor anda?



Sekiranya anda sudah tahu bahwa jangkahayat tayar motor adalah sukar diramal kerana bukan sahaja dipengaruhi oleh kualiti pembuatan tetapi juga di atas faktor penggunaan itu sendiri seperti laluan yang selalu gunakan, gaya tunggangan kerap membrek atau sentiasa jalan jauh, perubahan cuaca, isian angin tayar dan beberapa lagi.

Petanda paling umum bila tayar motor anda perlu ditukar ialah apabila tayar kelihatan botak tengah. Tayar botak dikira stage akhir dan anda perlu tukar tayar baru dengan segera.

Bukan itu saja sebenarnya ada beberapa lagi dan saya akan memberikan disini 4 contoh tanda-tanda tayar anda sudah tidak boleh digunakan lagi, sudah rosak

1. Bahaya tayar botak tengah

Jika anda ingat semasa tayar baru digunakan, permukaan tayar terdapat lorekan(bunga) dari tengah sampai ketepi. Corak lorekan pula berbeza -beza mengikut rekaan pengeluar bertujuan untuk penyesuaian permukaan jalan ketika musim panas atau hujan.

la direka sebegitu rupa supaya tayar anda terus melekat pada permukaan jalan semasa bergerak.

Sekiranya hujan, diusahakan supaya ia dapat membuang air ketepi secara cepat melalui rekaan lorekan itu supaya tayar tidak terapung diatas air yang boleh mengakibatkan kegelinciran.

Gambar tayar motor botak yang perlu ditukar

Tentu sahaja rekaan corak bunga tayar adalah berbeza-beza berdasarkan laluan yang bakal ditempuhi yakni lain-lain kegunaan seperti jalan rata, berbatu, berpasir, lopak air, jenis tar trek perlumbaan atau salji sekalipun.

Apabila tayar mulai botak bermakna anda sudah kehilangan jaminan tadi dan merbahayakan keselamatan sendiri.

Tayar hilang cengkaman

Hilang cengkaman semasa membrek bermakna juga akan hilang kawalan yang boleh membawa kepada malepetaka. Ketika hujan apabila melintasi lopakan air tayar menjadi licin kerana bunga sudah botak, pastinya motor terus membuang ketepi atau skill Velentino Rossi yang anda ada saja mungkin dapat menyelamatkan anda pada situasi ini.

Tayar sudah botak menyatakan ketebalan tayar motor itu sudah berkurang dan begitu mudah berlaku pancit nanti

2.kembung, bengkak-bengkak

Pada suatu masa ketika melalui selekoh terutamanya, terasa motor membuang ketepi, disini eloklah anda berhenti sekejap untuk lihat keadaan tayar motor anda. Dari jauh seakan tak ada masalah pada tayar, cuba anda perhatikan dengan lebih dekat lagi.

Tayar kelihatan kembung atau berbonjol-bonjol/bengkak jika dilihat dari sisi memberi petanda ia perlu ditukar segera. Saya cadangkan sila bertukar ke jenama tayar lain bila masalah ini berlaku.

Tayar bengkak

3.Retak atau rekah

Ada 2 jenis keretakan pada tayar, 1 boleh jelas dilihat dengan mata dan 1 lagi ia tersembunyi, biasanya pada sebelah tepi tayar. Jika mahu pasti sila picit tayar adakah mempunyai ciri seperti dalam gambar ini

retak tepi

Tayar retak atau merekah menunjukkan anda sudah tak ada waktu lagi untuk menangguh sila lah tukar segera kerana boleh pecah pada bila-blla masa sahaja. Jika anda menggunakan tayar tubeless ini adalah punca tayar anda pancit.

4.Tayar motor selalu pancit

Tayar selalu pancit tanpa kesan biasanya berpunca kerana tayar sudah menipis atau permukaan dalam tayar sudah keras, atau terdapat dawai tayar sudah terkeluar pada bahagian dalam tayar. Hal ini boleh dipastikan oleh mekanik berpengalaman.

bahagian dalam tayar

jangka-hayat tayar bergantung cara kita pakai

Catatan ini bagi rujukan anda yang menggunakan motor kecil dan ringan. Penangguhan waktu tukar tayar tidak dilihat begitu kritikal tapi bagi pengguna motor berkuasa tinggi, superbike adalah perlu anda perlu memberikan perhatian penuh pada kondisi tayar motor anda

Rata-rata, tayar depan pada sportbike biasa harus bertahan sejauh kira-kira 6000km sebaliknya tayar belakang akan bertahan sekitar 3000 sebelum anda perlu menukarnya. Sudah tentu, man-mana tayar motor hanya akan bertahan lama sekiranya anda tidak “asal langgar saja”

Gambar menunjukkan bunga tayar

Perlu tukar sebiji atau depan belakang

Dibengkel motor dibenarkan tukar sebiji-sebiji, jadi jika kelihatan salah satu masih boleh pakai lagi boleh tukar sebiji sahaja. Jika kelihatan kedua-dua tayar depan belakang sudah rosak tukar keduanya.

harga tukar tayar motor

Nak check harga tayar motor sekarang cukup mudah, lihat saiz tayar anda dan terus boleh terus ke Shopee.

Disyorkan kalau tak berkemahiran tukar tayar sendiri, untuk mendapat harga pasang siap lebih murah, beli tayar dibengkel.  Contoh tayar saiz 80/90-17 tubeless Diamond dua biji siap pasang sekitar RM150

Akhir kata

Pada setiap masa cuba “alert” dengan gegaran yang terasa semasa jalan lurus dan rata. Pastikan angin tayar sentiasa cukup kerana ia juga antara punca tayar tidak tahan lama. Cakap pomen motor ” motor kecil atau motor besar, silalah pastikan tayar motor anda pada kondisi terbaik…tak kan tunggu nampak benang kot baru tukar derr… “