
Rantai motor yang paling bagus ialah yang mempunyai ciri-ciri ketahanan tinggi, jangka waktu tukar lebih lambat, tidak membebankan motor dan tidak terkecuali juga ia adalah murah sepadan dengan poket sendiri, betul tak?
Selaku pemilik dan penunggang motor saya pasti anda maklum pentingnya penjagaan rantai motor untuk keselesaan tunggangan.
Kita tak mahu bukan bila tiba-tiba rantai jatuh atau rantai putus dalam perjalanan. Untuk itu perlulah memantau sentiasa kondisi rantai dicuci, diminyakkan dan diregangkan, pastikan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Jenama rantai motor terbaik
Jenis-jenis rantai untuk motor yang ada dijual di pasaran adalah seperti rantai jenis O-ring, X-ring, sepertinya
dan juga rantai besi biasa dan jenama rantai motor terbaik seperti RK,DiD,EK, cukup popular.
Bagi motor cc kecil saya syorkan jenama SSS, RKM, ikk,
Ok, lanjut disini saya tidak membandingkan mana satukah jenama terbaik, saya cuma ambil contoh dari satu pengeluar sahaja iaitu RK-Malaysia(RKM) dan siri-siri produk mereka terkini
> panduan asas pemilihan rantai sprocket motor
Rantai motor RK O-ring, heavy-duty, X-ring,
RKM Tackle Force

Rantai heavy duty untuk kegunaan harian – ke tempat kerja di bandar sesak memang perlukan banyak pertukaran gear dan memberi tekanan kepada rantai.
Rantai paling asas RKM ini diperbuat dari proses pengerasan yang tinggi adalah mempunyai ketahanan panas yang baik untuk memanjangkan jangka-hayat rantai dari cepat haus
Praktikal & Ekonomi
Produk kualiti sentiasa datang dalam harga tinggi? Jangan bimbang kerana RK Heavy Duty Rangkaian berkualiti tinggi dan mampu dibeli. Rantai heavy duty telah dipertingkat mutu ini kini terdapat dalam pelbagai saiz untuk kesesuaian motor

Terdapat dalam pelbagai siri : 415,420,428, 520,525,530,530H
O-ring KLO/KRO

Plat ringan (Siri KLO Sahaja)
Rantai ringan bukan sahaja memberi anda lebih banyak kelajuan tetapi mengurangkan penggunaan bahan api anda sekaligus.
Teknologi Rantai Seal Ring
Cincin(o ring) di perbuat dari bahan butadine nitrile, supaya cincin ini dikekalkan daripada kakisan
Penyaduran Emas Anti Korosi (Rantaian Emas sahaja)
Penyaduran emas yang menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan kepada sifar.

Pelbagai siri : 428KLO,520KLO/KRO,525KRO,530KRO
X-Ring

Ini ialah taruhan kelas tinggi dari RK
untuk memastikan perjalanan anda sentiasa dalam keselesaan dan tanpa keraguan. Rantai RKM X-Ring
direka untuk menjadi seal yang lebih baik dari O Ring.
X-Ring Seal Technology Chain
Technology X-Ring dipastikan supaya mempunyai seal lebih baik untuk mengekalkan pelincir pada mata rantai(chain pin) itu. Dengan ini tarikan roda pastinya licin.
Spesifikasi Jarak Jauh
Dengan semua gabungannya, perjalanan jarak jauh tidak bermakna apa-apa bagi rantai yang dinilai premium ini.
Penyaduran Emas Premium
Selain penampilan elegan, penyaduran premium menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan ke sifar.

Pelbagai siri : 520KRX,525KRX,535KRX
Perbezaan rantai
Pertama sekali saya katakan, kedua-dua ini adalah jenis rantai motor yang berkualiti tinggi, maknanya harga yang lebih mahal dituntut berbanding rantai biasa.
Apa peranan yang membezakan kedua-dua rekaan seal ini sebenarnya
Mahu pastikan perkara ini kita perlu melihat lebih dekat pada rekaan rantai itu sendiri. Pada setiap mata rantai itu terdapat rod yang akan melekat dan menarik gigi sprocket untuk membolehkan roda motorsikal berputar, di sini spot geseran adalah paling tinggi dialami.
Untuk mengurangkan geseran, rod pada mata rantai itu sendiri direka boleh berputar seperti roda. Jadi supaya rod tidak kejang(jem), di dalamnya di berikan pelincir kekal dan seal berbentuk O atau x itulah berperanan menutup pelincir daripada kekeringan.

Rantai mana paling baik
Mana lebih baik antara O dengan X ialah telah diakui oleh ramai pemerhati memilih X. Ia kerana X seal itu lebih baik menutup ruang.
Kekurangan rantai jenis X-Ring biasanya lebih berat berbanding O, lebih berat atau lebih geseran akan mempengaruhi kelajuan serta penggunaan minyak pada motor itu. Penjimatan menggadaikan kelajuan, adakah anda setuju? Adakah berbaloi?
Petikan dari sumber DiD berkata:
“Its X-ring chains last twice as long as its O-ring chains, 20,000 miles vs. 10,000 miles.”
Kesimpulan pemilihan rantai mengikut jenis motor

Membuat keputusan tepat dalam pemilihan rantai paling terbaik untuk motor anda, silalah melihat dari pelbagai aspek. Panduan boleh diambil dengan melihat carta kegunaan mengikut cc motor, kekuatan rantai(tensile strength), struktur jalan yang direkodkan oleh RKM itu. Tak lupa juga penting uwang nya brapa deh… 😀