Salam, dikesempatan ini mari kita sambung belajar mekanik motor dan tugasan kita akan buat ialah menukar master pump atas brake disc yang sudah rosak kepada baru. Juga disertakan disini sebuah video lengkap cara bleeding brake motor yang khas dirakam untuk pembaca blog baikimotor.com.
![]() |
Master pump baru |
Ok, apa punca sebenarnya master pump atau brake pump atas perlu ditukar?
Masalah biasa dialami setelah lama pemakaian pada motor tersebut menyebabkan ada kebocoran pada injap/valve master pump atau dikenali dengan nama brake pump kit. Sebenarnya injap tersebut ada dijual untuk kita menukar ganti jika berlaku masalah. Injap brake bocor dapat dikesan apabila terlihat minyak brake pada bahagian handle motor,lebih tepat pada lever brake atas tersebut. Juga brake terasa kosong(tak ada brake) jika keadaan sudah parah.
Biasanya jika master pump asal adalah original motor saya syorkan tukar pump kit sahaja melainkan gagal setelah ditukar ataupun kit asal tersebut telah keras(jem).
Faktor terakhir kenapa ramai memilih menukar ganti master pump daripada menukar kit ialah kerana “mudah kerja” dan sekarang alat ganti tiruan(alternatif) banyak terdapat dipasaran dengan harga yang murah. Kualiti pastilah kurang baik berbanding original dari segi ketahanan tapi seperti master pump yang saya sudah dicuba ini tetap boleh pakai.
Video cara bleeding brake motor Yamaha ego
Di dalam video dibawah ada menunjukkan cara bleeding minyak brake setelah menukar master pump. Master pump ini khas untuk motor Yamaha ego, juga boleh digunakan pada beberapa model Yamaha yang lain seperti Lagenda110,Y110ss,Y15 dan sepertinya.