Menukar karburator motor Honda EX5 Dream dengan Wave125 siri 1

 



cara menukar karburator Honda ex5 dream

 

Cara membuka karburator motor Honda EX5 Dream

 
Salam. Sudah lama Cakap Pomen Motor rehat dari tutorial hal-hal belajar mekanik motosikal, jadi hari ini kita warm up dulu dengan pembelajaran terbaru iaitu cara menukar karburator Honda Ex5 100 Dream. Tutorial lengkap dengan video ini adalah bersiri. Hal yang akan anda pelajari ialah aturan cara membuka dan memasang karburetor motor Ex5, ops! Maaf sebenarnya ialah memasang karburatorHonda Wave 125 pada motor EX5, itu lebih tepat. Ini saya rasa lebih memberikan cabaran sedikit dan keseronokan membabitkan sedikit modifikasi.
 
OK untuk siri pertama ini kita pelajari dahulu cara membukanya terlebih dahulu. Disyorkan untuk lebih faham bolehlah terus dipraktikan kalau anda sememangnya ada sebiji motor Ex5 dirumah. Baca,tonton video dan praktik ini akan membuatkan anda lebih cepat pandai. Tapi tunggu sehingga semua siri pembelajaran ini selesai ya. Sebelum tu pastikan dah tahu cara carburetor berfungsi << dulu
 
Langkah pertama membuka karburator/carburetor motor Honda ini ialah dengan menyediakan alatan atau sepana mekanik yang bersesuaian dengan aktiviti kita ini iaitu untuk membuka ‘cover putih’ dan skru karburator Ex5 ini.
 
Bagi motor EX5 standard skru cover putih seperti anda lihat dibuka dengan spanar seperti di bawah:
1.Sepana saiz 10mm ring/common
2.Sepana T 10
3.Screwdriver Slot(leper)
 
Setelah selesai cover body dibuka bersedialah untuk membuka karburator dengan sepana:
1.Sepanar 8mm ring
2.Screwdriver Phillips(bunga)
3.Playar Ragum/muncung tirus
4.Screwdriver leper kecik@skrudriver setting
 
Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti dalam video tutorial dibawah
 
 
 

Video langkah membuka karburator EX5/Wave 125

 
Saya telah siapkan satu video 1 daripada 3 untuk tajuk menukar karburator Honda Ex5 ini. Apa yang perlu dititikberatkan semasa membuat kerja ialah penggunaan spanar yang tepat dengan cara yang betul. Jika skru rosak pasti mendatangkan masalah lain pula. Buat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa, enjoy membuat kerja and aitu saja. Ok, tutorial akan bersambung pada siri kedua pula jika tersedia link ini cara memasang karburator Wave 125
 
 
 
 
YouTube video
Video durasi 3 minit lebih