karburator Wave 125 copy original review

 karburator wave 125 copy original
video di kedai Shopee kami disini
https://shopee.com.my/product/209378505/3341903111/

Salam,

Apa khabar anda follower Cakap Pomen Motor dan anda yang baru saja jejak kaki ke blog ini, harap sihat dan bersemangat terus dalam bidang permotoran kite. Hari ini tak ada isu dibincangkan cuma saya buat sikit review carburetor/karburator Wave 125 copy original mungkin anda mahu tahu sebelum membelinya samada ia berfungsi dengan baik atau tidak.

Ok, tanpa membuang masa terus saja kite review produk ini

Faham betul-betul ya Ini bukan carburetor original Honda Wave 125 tapi alatganti copy(tiruan). Apa maknanya disini ialah carburetor tiruan ini dibuat(copy) daripada yang original motor Wave 125. Ya nak beli yang ori/asli harga tentu mahal, jadi copy pun jadilah ya

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

karburator Wave 125 boleh pakai ke dekat Honda Ex5/c70/kriss anda?

Jadi saya sudah cuba pakai carburetor/karburator yang satu jenis ni, dicuba pada motor EX5 blok standard. Keputusan dia saya katakan…ya boleh pakai 
Bila rev enjin  ‘garing’ elok, setingan asal dia dengan enjin EX5 standard ni agak ‘lean’/plug putih. Pagi esok cuba hidupkan enjin masa enjin sejuk ni agak susah hidup. Jadi saya besarkan sedikit pilot jetnya dan masalah itu pun selesai

Kalau setting tak kena ada tak alat ganti karburator wave 125 ini

Komponen dalaman carburetor semua sama seperti original, boleh ditukar ganti mainjet,pilot jet, jarum dll dengan alat ganti asli kalau rasa kurang berpuas hati dengan setting dia. Ya, sebelum ini sudah pernah cuba karburator wave 125 murah wave tapi malangnya tiada alat ganti di jual.

Carburetor copy Honda Wave ini saya bagi 3 bintang daripada 5 dari segi kualiti dibandingkan dengan ori punya. Dan jika dibandingkan dengan aspek harga prestasi carburetor itu sendiri adalah mengkagumkan saya bagi 5 bintang…ya selepas diubah setting dia.

Jika berminat bolehlah dapatkan carburetor Honda Wave125 yamg serupa seperti saya review ini dikedai Shopee saya disini … yang beli saya ucap terima kasih kerana support…salam jumpa lagi

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top