Punca spark plug motor menjadi hitam disebabkan beberapa perkara terutama sekali ada berlaku kerosakan, kegagalan berfungsi pada komponen enjin itu sendiri bukan masalah jenis spark plug tidak sesuai
Contoh pada motor 4 lejang bila berlaku kerosakan pada ring piston, valve dan pada enjin 2 lejang pula bila oil seal crankshaft bocor sebagai tambahan.Karburator bermasalah juga membuatkan plug jadi hitam berkarbon.
Bila keadaan semakin parah akan membuat motor mati plug, enjin tak boleh hidup.
Memilih jenis spark plug
Penyelesaian masalah plug jadi hitam boleh dibuat dengan membaiki komponen operasi enjin agar berfungsi sempurna kembali.
Menggunakan spark plug selain disyorkan pengeluar motor anda adalah tidak disarankan melainkan anda telah melakukan modifikasi pada enjin dan memahami betul mengenai spark plug dan sifat-sifatnya.
Seperti kita lihat pada spark plug terdapat kod nombor berbeza-beza, ini paling utama yang perlu diketahui sebelum terus “sumbat” pada enjin anda. Jangan asal nampak label ” spark plug racing ” terus sambar ya, nanti jahanam enjin.
Diulangi, apa yang perlu diperhatikan sebelum membuat keputusan memilih menggunakan jenis spark plug tertentu ialah cuba memahami erti kod pada plug itu samada ia sesuai atau tidak untuk enjin motor anda
Makna kod pada spark plug NGK sebagai contoh:
- Huruf depan(1-4)-menunjukkan diameter,saiz dan rekabentuk sepana plug.
- (nombor )-rating suhu plug.
- huruf-menunjukkan panjang benang plug.
- huruf-data spark plug.
- (nombor lain),kod khas-membaca struktur dalam plug seperti jarak elektrod dan lainnya.
Cara membaca kod spark plug kita lihat contoh spark plug motor Honda wave 125
NGK
CPR6EA-9
CPR6EA-9
spesifikasi Spark Plug CPR6EA9 |
---|
Pembuat | NGK |
C=lebar benangxsepana | 10×19 |
P=rekabentuk,jenis | projected isulator |
R=jenis perintang | Berperintang |
6=rating suhu | 6 |
E=panjang benang | 19 |
A=Kod | Kod Suflix |
9=ruang buka elektrod | 0.9 |
Dengan memahami erti/makna kod nombor spark plug, tidak berlakulah kesalahan memilih plug yang tidak sesuai yang mengakibatkan kerosakan lebih serius pada enjin motosikal itu, contohnya plug terlampau panas atau sejuk
Teori melihat warna plug
Bagi mekanik yang sudah arif spark plug mencermikan apa yang berlaku dalam enjin, mereka dapat mengesyaki kondisi sesebuah enjin dengan meneliti warna plug itu.
Samada sempurna atau tidak pembakaran dalam kebuk akan dapat di analisis berdasarkan warna plug,contohnya enjin terlampau panas hasilkan warna plug putih dan oren untuk kondisi yang bagus..boleh lihat di artikel setingan karburator yang terdahulu.
Cakap Pomen Motor ” sebelum membuat perubahan memilih spark plug yang bakal digunakan sila lah buat analisis plug lama agar pemilihan yang kita buat adalah tepat untuk hasil yang positif “..