Tayar motor Michelin Pilot
Salam. Pemberitahuan kepada anda, kami sudah membawa masuk satu lagi jenis tayar motor Michelin Pilot Street 2 yang sesuai digunakan untuk motor cub dan skuter. Jika anda berminat akan tayar berkualiti kelas A ini boleh didapati di kedai online kami.
Kami mengutamakan kualiti, kerana itu tayar kami jual adalah tayar baru atau keluaran terkini. Seperti Michelin Pilot Street ini untuk pasaran tahun 2020 kami jual tayar keluaran tahun 2020 juga, untuk tahun depan 2021,2022, 2023 dan seterusnya akan diusahakan anda mendapat keluaran terkini juga. Boleh baca juga cara check tayar lama atau baru

LIHAT TAYAR MICHELIN UNTUK MOTOR BESAR
Tayar motor tubeless Michelin Pilot saiz 70/90-17,14|80/90-17,14
Buat masa sekarang kami masukkan dulu tayar saiz seperti dibawah;
A.70/90-17
B.80/90-17
C.70/90-14
D.80/90-14
Bagi motor cub seperti Lc, Y15, Lagenda atau mana-mana yang pakai rim 17 inci pilihan anda adalah tayar A dan B, dan untuk motor skuter/scooter seperti Ego atau yang menggunakan rim 14 pilihan anda adalah C dan D.
Semua saiz tayar Michelin Pilot Street 2 ini adalah tayar tubeless(tanpa tiub), bermakna khasnya untuk motor yang pakai sport-rim. Kena bagitahu ya jikalau anda seorang yang baru pakai motor.
*sila check stok terkini untuk lain-lain saiz dikedai kami.
Latar belakang Jenama tayar Michelin
Michelin adalah satu jenama besar bagi pengeluar tayar kenderaan termasuk motor kereta, berkelas A seperti jenama Brigestone,Pirelli, dan Dunlop.
Telah ditubuhkan agak lama, pada tahun 1888 oleh saudara Michelin, André (1853–1931) dan Édouard (1859–1940), syarikat ini mengeluarkan tayar untuk basikal dan kereta kuda sebelum memperkenalkan tayar pneumatik untuk kenderaan pada tahun 1890-an.
Pemandu kenderaan dan pelumba akan bersetuju bahawa Michelin adalah jenama tayar premium yang paling berkesan, tetapi begitu juga Bridgestone! Bridgestone melayani pengguna kenderaan harian, terutamanya.
Harga tayar Michelin Pilot Street 2
Harga tayar Michelin Pilot Street semasa post ini diterbitkan ialah seperti dibawah, kenaikan harga penurunan harga mungkin tidak dinotiskan.
PILOT S2 70/90-17 RM 79.00
PILOT S2 80/90-17 RM89.00
PILOT S2 70/90-14 RM77.00
Review tayar Michelin pasang pada motor rim lidi
Michelin Pilot Street 2 adalah tayar tubeless, disyorkan pasang pada motor yang pakai sport rim ya. Macam dalam video review saya buat ini adalah untuk sample sahaja. Pada saya memang cantik tayar.
Bolehkah tayar tubeless pakai tiub
Update: Setelah lebih setahun pakai tayar Michelin pada rim lidi, kenyataannya membuktikan adalah benar tayar tubeless tidak boleh pakai pada rim lidi.
Di dalam tahun pertama jarang pancit, pancit pun sebab ada duri atau paku. Lepas lebih setahun sifatnya dah mula nampak, kerap sekali pancit. Check dalam tayar tak ada apa.
Permukaan dalam tayar dah mula kasar dan “makan tiub”. Jadi tak sesuai ya, kalau motor pakai rim lidi gunalah jenis “tube type” bukan “tubeless”.
*Stok tayar Michellin Pilot kehabisan di kedai kami tapi mahu juga, ini link Shopee