
Salam. Disini belajar lagi satu skil/teknik mekanik dimana anda akan pelajari cara membuka skru rosak pada mana-mana komponen motor. Dunia nyata mekanik tidak sama seperti kita pelajari dalam buku, dalam kerja seharian membaiki motosikal kita akan jumpa masalah tak diduga yang melambatkan proses kerja kita. Ya kalau dapat baiki motor baru seronok la buat kerja, skru-skru dan komponennya semua masih cantik
Bagaimana pula contoh nak kena tukar tayar saja tapi terbantut bila skrunya tak dapat dibuka, kerja mudah sudah jadi lambat. Oleh itu pelajari sebanyak mungkin skil untuk memudahkan kerja seharian kita.
Teknik punch skru tak boleh di buka
Banyak teknik ada untuk membuka skru rosak/tak boleh buka ia bergantung pada keadaan. Hari ini saya tunjukkan satu teknik buka skru L-key yang kepala dia dah rosak/lus. Saya dah buat satu video supaya anda boleh tonton disini.
*jika ralat sila tonton di https://youtu.be/xdvWIOfuYuY
Teknik punch ini sesuai diguna pakai untuk skru yang berada ‘lantai’ keras contohnya pada enjin, body motor. Pada coverset ia tidak sesuai kerana boleh pecahkan coverset. Boleh juga tapi haruslah berhati-hati.
Sepana untuk membuka skru rosak
Dalam kes diatas saya menggunakan teknik ‘punch’ dan sepana yang saya gunakan adalah ‘home-made’ punya. Tapi anda juga boleh beli punch sepana di mana-mana kedai hardware, ada jual juga.
Teknik punch untuk membuka skru rosak saya ada ulas pada post terdahulu secara teks- Cara Buka Skru Rosak,
dan disini anda boleh tonton bagaimana ia dibuat.
Bunga skru rosak boleh pakai lagi ke
Ada banyak jenis ‘bunga’ skru pada bahagian motor. Kita gunakan teknik yang berbeza untuk membuka bila ia tak dapat dibuka dengan sepananya.
baca > cara buka skru patah
Harap pada kali ini anda tak ada masalah lagi bila jumpa skru rosak, anda boleh ‘buang’ dia. Kalau bunga skru rosak tapi sayang nak pakai balik, silakan punch balik saja tapi tak cantik la kan. Ori pun kalau dah rosak kena tukar baru abang…salam jumpa lagi.