Salam, kita sambung lagi belajar mekanik motor setelah lama menyepi. Hari ini hal yang saya nak bentangkan ialah mengenai punca motosikal 4 lejang berasap putih. Tajuk ini sudah lama say ulas pada post terdahulu jadi hari ini saya nak fokuskan pada satu hal punca penyebab kejadian ini iaitu mengenai ring piston longgar dan kesannya pada motosikal itu.
Saya sudah siapkan 2 video untuk anda pelajar mekanik, satu sudah dikongsikan di youtube dan satu ialah khas untuk pembaca blog baikimotor.com ini sahaja. Dalam video pertama dibawah saya menerangkan salah satu punca motor 4 lejang berasap seperti enjin pakai 2t(2lejang). Iaitu berpunca dari kelegaan(gap) ring piston terlampau longgar.
Motor berasap putih macam pakai 2T secara tiba-tiba
Biasanya masalah ini berlaku adalah disebabkan blok enjin motosikal itu terlalu longgar kesan dari pemakaian yang agak lama. Seperti pada kes kali ini, kejadian jadi secara tiba-tiba sesudah owner “main” banjir. Sesudah diperiksa didapati gap ring piston menjadi terlalu longgar pada satu ring tengah nya(wiper ring).
Berapa ukuran standard gap ring piston motosikal
Pada video kedua saya menunjukkan blok sesudah di “rebore”. Disini saya mengukur gap ring piston itu dan dapat melihat berapakah ukuran sepatutnya berbanding sebelum di baiki. Sekarang setelah siap dipasang motosikal itu tidak lagi berasap putih seperti sebelumnya.
Gap ring piston mestilah tidak melebihi had kelonggaran, jika tidak ia akan menyebabkan gangguan pada enjin motosikal itu seperti berasap putih, hilang kuasa adalah kesannya dan jika terlalu longgar menyebabkan enjin tak mahu hidup.