Jenama sepana mekanik ni memang hebat terbaik tahan lama

Salam, ok hari ini nak bercerita sikit tentang jenama sepana terbaik untuk mekanik, macam saya mekanik motor jadi saiz sepana yang saya pakai kebanyakan adalah lebih kecil dari mekanik kereta, lori dan sebagainya. Mahupun begitu kami adalah sama, mahukan alatan kerja yang berkualiti untuk kerja yang lancar dibengkel.

Memandangkan alatan tangan macam spanar, playar, skrudriver yang berkualiti berjenama terkenal dijual pada harga yang terlalu mahal, jadi kadang terpaksalah membeli yang murah untuk jimat kos. Masalahnya bila beli sepana murah kualiti dia tidaklah baik, pakai sekejap saja dah rosak. Jadi adakah perlu melabur banyak wang untuk beli spanar yang berkualiti.

Apakah jenama sepana yang bagus

Dan seperti dikatakan harga sepana yang berjenama memang mahal, tapi tidaklah disyorkan anda membazir beli yang terlalu mahal kerana masih ada murah tapi hebat macam jenama saya nak share ini.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Sb spanner

Spanar Jenama Sb, pernah jumpa tak? kalau tak saya share link kat bawah ni.

Sb tools

Nak diceritakan sebelum ini, saya guna sepana “T” jenis biasa dan ada yang berjenama jugak(tak nak sebut la nama tu kat public ni). Seingat saya lebih tiga batang la T8 T10 beli, pakai tak lama jadi lus. Lepas dah lus terpaksa la modified kasi potong supaya boleh pakai lagi. Tapi lama-lama makin pendek asyik potong je haha macam dalam gambar kat bawah ni.

Sepana rosak

Jadi last sekali tak boleh potong lagi dah, terpaksa beli yang sepana baru.

Sepana mekanik made in Taiwan

Dipekdekan cerita, sampai di kedai tanya la ke si penjual ” ada sepana T yang baik tak?” amoi jawab: ” ada lo,  ini jenis Sb…Taiwan punya. Saya jawab balik :” tak mau la Taiwan, made Japan ke USA ke ada tak?”. amoi : ” tak ada, ini bagus punya la, tinggal sikit ja orang beli”
saya dalam hati: “ayat biasa, basi dah”

Jadi Dipekdekan cerita lagi saya beli la sepana tu, cuba dulu lagipun dah malas dah nak cari kedai lain pada hari tu.

Jenama sepana hebat

Sekarang kalau tak salah hampir 3 atau 4 tahun dah pakai sepana tu. Betul-betul hebatlah jenis ni walaupun pun murah tapi cukup berkualiti. Badan pun tak berkarat tengok gambar bawah ni

T socket spanner SB

Sekarang ni kalau nak beli sepana mesti tanya jenama Sb dulu, tak da dah Stanley ke King Toyo ke Mr Mark,Sata,Remark ke jadi pilihan kedua dah ni.

Cukup puas hati la beli, ingatkan amoi bohong…hahaha

Jadi kalau tak percaya boleh beli sepana jenama ini cuba tengok.

Ok,  harap bermanfaat kepada sesiapa yang sedang mencari-cari sepana tu dengan perkongsian ini.

Sepana murah boleh pakai ke

Tak cakap semua yang mahal saja elok, ada juga sepana murah masih kualitinya bagus. Tapi jangan sampai level ‘cap ayam’, nak baiki basikal pun tak lepas rasanya. Tapi saya ada pakai sepana RM2, yang ini satu-satunya banyak ‘berjasa’. lama dah pakai sebagai puncher 🙂

Sepana murah

Harga satu set lengkap

Sekarang ni saya lihat harga sepana jenama SB ni dah naik, mungkin sudah popular agaknya. Satu set sepana macam ni harga dah cecah RM5000. Kalau yang berkemampuan eloklah beli ni, satu jenama je pakai

set lengkap sepana mekanik

Kesimpulan: nak beli semua ke beli satu persatu

Ada saya bagai tahu (di catatan lama jenis-jenis Sepana mekanik) kepada yang nak mula mekanik tak perlu lah beli semua sekali serentak, yang rasa belum guna tak perlu la beli dulu.

Kalau saya yang budget tak banyak ni saya beli yang macam ni di bawah ni saja, kemudian yang tak cukup tu beli yang jenama lain dengan harga yang murah sedikit. Dalam RM600

Set mini Sb tool box

Sepana apa dalam tong tu:

12Pcs 15 Degree Combination Wrench – 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 17, 19, 21mm


15Pcs 1/2″DR Box Socket – 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24mm


1Pcs 1/2″DR Spark Plug Socket – 21mm


2Pcs 1/2″DR Extension Bar – 5″, 10″


1Pcs 1/2″DR Ratchet Handle


1Pcs 1/2″DR Universal Joint


1Pcs 8″ Combination Pliers


1Pcs 6″ Long Nose Pliers


1Pcs 6″ Cutter Pliers


1Pcs 10″ Locking Pliers


1Pcs 1Lbs Ball Pein Hammer

*Box socket 27, 32 tak ada

*Screwdriver tak ada

*puncher tak ada

*hand impact tak ada

Nampak macam tak cukup untuk mekanik motor, boleh beli asing yang brand murah sikit. Selalunya yang saiz yang besar tak mengapa beli yang murah sebabnya skru pun besar jadi susah rosak. Yang saiz bawah 24 kena pakai yang elok, saiz ke atas made in China ok kot 🙂