Punca masalah motor susah hidup pada waktu pagi biasanya berkaitan dengan bahan bakar.minyak petrol lambat atau belum sampai kedalam enjin.Walaupun kita sudah tendang hidupkan enjin selagi minyak tak dibakar enjin tidak akan dapat dihidupkan.
Kerana sedar tentang masalah ini pihak pengeluar telah sediakan alat yang dinamakan ‘choke‘.Biasanya choke dipasang pada bahagian handle motor sebelah kiri.
Cara guna tuas choke ialah kalian hanya perlu tarik tuas choke apabila gagal hidupkan enjin pada waktu tertentu, susah hidup pagi malam atau dalam keadaan cuaca sejuk dingin seumpamanya.
Setelah enjin berjaya dihidupkan jangan lupa tutup kembali tuas choke untuk elak masalah plug rosak bakal berlaku.
![]() |
Choke lever |
Tips untuk buat motor senang hidup pagi
Sedikit tips untuk membuatkan motor senang hidup.Ubah setting karburator motor kalian.Akan tetapi perkara ini membuatkan pertambahan penggunaan bahan api. Penggunaan sistem choke dapat menjimatkan minyak petrol
Sekiranya enjin motor gagal dihidupkan juga ia adalah berkaitan perkara lain.Sila rujuk pada mekanik di bengkel atau terus saja komen pada tempat yang disediakan.
Itu saja yang harus kita pengguna motor harus buat untuk mengatasi masalah motor susah hidup pagi.