Masalah minyak hitam kering antara masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor. Selalunya masalah ini kita dapat kesan pada masa tukar minyak hitam akan nampak buangan minyak itu banyak berkurangan dari isipadu asal atau langsung kering.
Punca minyak hitam kering
disebabkan beberapa perkara berkaitan antaranya ialah
- -kebocoran oil seal
- -kebocoran gasket
- -kebocoran seal injap pembakaran dalam
- – Seperti valve minyak dan valve dan Valve ekzos untuk motosikal
4 stroke sahaja. - -Haus pada silender/blok atau biasa Orang sebut blok longgar
- -Gegelang Omboh(piston ring) rosak
![]() |
Contoh enjin leaking yang kritikal |
Minyak enjin berkurangan
Bukan sahaja disebabkan tak tukar minyak dalam jangka masa yang panjang, minyak boleh berkurangan di kerana faktor dibawah juga:
- Oil seal atau getah penebat dapat di lihat juga pada shaft gear atau shaft starting sebagai contoh.
- Oil seal enjin bocor akan menyebabkan minyak enjin berkurangan secara perlahan. Biasanya kalau ia bocor, terdapat tompokan minyak ditempat parking motor tu. Untungnya ialah ia boleh ditukar ganti dari luar jika bocor.
- Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.
bocor gasket
kawasan yang bocor ialah pada head block,clutch dan jarang sekali pada bahagian tengah enjin yang perlu kerja Overhaul enjin untuk menukar ganti gasket itu.kesan-kesan gasket bocor boleh dilihat sering ada tompokan minyak di tempat parking.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Valve Seal bocor
Valve ialah barangan dalaman enjin terletak pada bahagian head cylinder.Pada tiang valve terdapat Valve Seal untuk melindungi pelincir masuk ke kebuk pembakaran.Sedikit demi sedikit minyak akan berkurangan jika ia berlaku.
kesan bila piston longgar
Sama seperti valve ,minyak lolos melalui celahan ring piston juga penyebab minyak kering secara cepat jika kehausan teruk pada Ring atau dinding cylinder block kerana minyak pelincir mulai masuk ke kebuk.Tukar ganti perlu melalui proses Top Overhaul.
Kesan minyak hitam kering pada enjin
Ok,ni update sikit ni,saya mahu tunjukan bukti kesan minyak hitam kering pada enjin motosikal. Enjin motor ini terpaksa dibuka(overhaul) setelah mengalami “jem rod”.
Jem rod maknanya Connecting Rod pada Crankshaft tidak dapat berfungsi lagi,jadi kaku dan bila ini terjadi penyetat kaki jadi keras tak boleh start.kejadian ini mirip seperti “jem block”,..penyetat keras.
![]() |
Connecting Rod |
Kejadian ini jika dilihat lebih mendalam ialah disebabkan tiada aliran minyak hitam di dalam ruangan bearing rod dan bush rod.Ini akan menyebabkan bearing bergesel dengan kasar pada bush.Lama-kelamaan menyebabkan sarang bola bearing pecah.
Baca lagi: penyebab lain minyak kering
kesimpulan
Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.
Cakap pomen; ‘cek minyak hitam sebelum jalan’