rantai motor putus kerana saiz tidak sesuai

Rantai motor putus boleh ditukar ganti dengan yang baru. Tak ada masalah, tapi yang dibimbangkan adalah keselamatan anda.

rantai motor putus kerana saiz tidak sesuai

Apa kemungkinan jadi bila rantai putus?

rantai terbelit(ada peti rantai) pada roda belakang membuatkan ia terkunci saat anda meluncur laju

rantai menghentam kedepan membuatkan bahagian enjin anda pecah

rantai terlerai kebelakang(tak ada peti rantai) dan membahyakan keselamatan orang dibelakang

Apa punca rantai motor cepat putus

Masalah rantai putus adalah jarang berlaku tapi aspek-aspek dibawah perlu awasi

1- rantai tak berkualiti cepat rosak

2- rantai longgar/rantai kendur (malas tarik rantai kot)

3- rantai terlalu tegang

4- sprocket dah rosak

5- tayar tak centre dengan body(bekas eksiden kot, body bengkok)

6- saiz rantai tidak tepat(berat motor, penunggang, muatan)

Rajin-rajin la ke bengkel untuk check kondisi motor anda(sebulan sekali wajib)

Apa saiz rantai yang sesuai untuk motor

Saiz rantai saya dah terangkan di post yang lalu cara check saiz rantai(jika mahu membeli sendiri). Seperti yang terangkan di atas saiz yang dipilih perlulah tepat untuk motor anda, motor yang besar dan berat disyor menggunakan rantai lebih besar/tebal

Di bawah adalah carta rantai saiz apa yang sesuai untuk motor anda terbitan dari Regina jenama rantai motosikal terkenal Itali.

Dari cc kecil sehingga berkuasa tinggi

530. 1400cc,
525. 900cc,1000cc,1200cc,1300cc,
520. 250cc, 350cc, 450cc
428. 125cc,
420. 85cc,
415. 50cc, 60cc,

saiz rantai motor





Leave a Comment