Motor nak ringan sedap tunggang pilihlah saiz spoket motor yang tepat.Terutama yang selalu bawa beban berat besarkan mata saiz spoket anda hari ini.Belum tahu? Disini kita cerita secara detail terutama untuk pengguna baru mengenai sprocket motor atau selalunya kita sebut “spoket” saja atau bahasa buku dipanggil Gegancu.
Bila spoket dah berbunyi, itu menandakan ia sudah rosak dan inilah masanya ia perlu ditukar baru. Jadi macam mana anda pilih sprocket yang sesuai untuk motor anda??.
Ramai pengguna yang tidak hiraukan hal ini.Mujurlah ada ramai mekanik di bengkel suka memberi saranan yang baik untuk pengguna.
Akan tetapi pemilihan spoket yang dibuat oleh mekanik adalah mengikut standard motosikal.Ini adalah baik,tapi kita disini ingin mencari sesuatu yang terbaik mengikut citarasa sendiri.
Cara ketahui saiz spoket dan rantai
Sebelum itu pastikan anda tahu saiz spoket yang anda pakai.Untuk ketahui saiz spoket hanya perlu melihat nombor yang dicop pada spoket tersebut.Itu lah saiz spoket motor anda.Kadang-kala kita tak boleh nampak nombornya kerana dilitupi dengan minyak atau debu.
Bagi motosikal yang menggunakan penutup penuh rantai spoket perlu dibuka alatan tersebut terlebih dahulu.Disana anda boleh nampak spoket belakang.Untuk melihat spoket depan pula terpaksalah buka penutupnya.
Cara tahu saiz rantai juga dengan melihat nombor.Setiap rantai motor pasti memiliki angka saiz contohnya 420 atau 428.Jika tidak kelihatan cuci rantai dengan menggunakan minyak petrol atau diesel.
Cara padankan spoket untuk kelajuan bila jalan jauh atau untuk pickup muatan berat
Setelah sudah diketahui saiz spoket yang digunakan kini tiba masa untuk padankan spoket yang sesuai.Untuk itu ada perlu ketahui beberapa faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan spoket motor.
- Kelajuan motor
- Kekuatan membawa berat
- Ketahanan kompenon enjin
Saiz spoket juga mempengaruhi kelajuan sesebuah motor.Sebab itu setelah kita selesai tukar spoket motor, akan terasa perubahan apabila kita naiki motor itu.Mungkin terasa laju dan mungkin juga terasa berat perlahan.
Untuk mendapat lebih kelajuan kita perlu mengecilkan saiz spoket.Contoh saiz spoket standard motosikal Honda ex5 ialah 36 mata gigi,kecilkan atau turunkan beberapa mata seperti 34,33, dan seterusnya.
Semakin kecil semakin laju.Perkara ini berkesan selagi tidak melebihi kuasa enjin itu.Maksudnya kecilkan berpada-pada atau anda akan hadapi masalah top speed drop.
Kecilkan spoket dapat meningkatkan top speed motor tetapi hal yang perlu dikorban ialah kuasa pickup_nya.Untuk mendapat kuasa pickup pula tukar spoket belakang kepada saiz yang lebih besar.Begitulah hukumnya jangan terlalu lebih jangan pula terlalu kurang.
Sebelum waktu tukar sprocket bagaimana nak tengok ciri tanda spoket haus
Pada motorsikal moden kebanyakkan dilengkapi dengan peti rantai penuh jadi kondisi rantai spoket agak susah untuk dilihat. Cara untuk mengetahui samada sprocket rantai boleh pakai lagi ke tak kita perlu membuka peti, cover penuh rantai dan lihat bentuk gigi sprocket itu.
Kalau kelihatan agak tajam seperti dalam gambar makanya sudah sampai waktu tukar sprocket motor anda. Kalau saya guna motor pergi balik kerja dalam jarak 30km sehari, campur pergi kedai biasanya 3-5 bulan sahaja tempohnya.
Rantai sprocket berbunyi
Pengguna yang sudah lama guna motor kebanyakkan mereka akan boleh kesan tanda dan ciri sprocket sudah haus/rosak iaitu dengan mendengar bunyi rantai agak kuat, kadang mereka juga tak peduli walaupun sudah tahu sampai waktu untuk pemeriksaan rantai sprocket sehinggalah bunyi krakkk krrakkk krakk!! , pulas minyak motor tak berjalan… Hehe
Jika anda baru tukar spoket baru beberapa bulan sahaja spoket bunyi boleh jadi bukan masalah spoket rosak, boleh jadi rantai perlu diregangkan atau diminyakkan.
Untuk Penjagaan Enjin
Tahukan anda spoket yang tidak sepadan dengan beban boleh menyebabkan klac cepat rosak.Ini bagi kes spoket terlalu kecil.
Bagi spoket yang terlalu besar pula akan menyebabkan gegaran hasilnya banyak skru yang tercabut.Juga menyebabkan rod dan bearing enjin cepat rosak.Tapi tak usah khuatir jika anda bukan kaki lari.
![]() |
Rantai mempunyai ‘o’ ring masih terbaik |
Tips penjagaan rantai supaya lebih tahan lama untuk digunakan
Banyak produk di pasaran untuk penjagaan rantai motor seperti penyembur rantai jenama Liqui Moly motorbike chain lube, Motul chain spray, STP, atau anda boleh guna WD 40 spray. Harga spray rantai motor boleh dapat dalam myr 30, 40 lebih kurang.
Kalau anda tak ingin keluar duit untuk beli itu semua anda boleh jaga rantai dengan menggunakan minyak tanah atau minyak diesel.
Caranya:
- Bersihkan rantai dengan minyak tanah/diesel terlebih dahulu sehingga terbuang semua kotoran
- Berikan sedikit pelincir pada rantai sambil pusing tayar. Boleh guna minyak hitam atau minyak gris.
Lihat video rakan kita pakai spray rantai disini https://youtu.be/6Y1Bwh_TqQI
Rantai yang bersih dari habuk dan debu boleh memanjangkang jangkayat sprocket anda, juga jangan biarkan kendur kerana ia juga salah satu punca sprocket cepat haus.
Jenama Spoket set lengkap paling bagus di Malaysia
Jenama sprocket motor yang berkualiti
Di pasaran Malaysia contohnya set lengkap,jenama seperti RKM,SSS,iKK adalah pilihan ramai.Untuk antarabangsa pula seperti RK, D.i.D , EK adalah bermutu.
Bahaya rantai spoket motor yang belum diiktaraf penggunaannya,selain cepat rosak ia juga boleh putus.Banyak kes seperti ini berlaku.Jadi berhati-hati dalam pembelian rantai spoket motor.
Setting spoket 415
Ini cerita untuk yang gilakan kelajuan.Kisah rantai spoket bersaiz 415.Ini adalah ketagori spoket racing yang paling popular kepenggunaannya.
Sememangnya rantai motor halus seperti ini dapat meningkatkan prestasi motor kerana ia kurang ruang geseran lalu membuatkan putaran roda menjadi ringan.
Saya pernah mencuba pakai spoket 415 set untuk motosikal saya,memang terbukti ringan dan paling mengejutkan boleh menjimatkan bahan api.
Tak percaya boleh cuba..
Akan tetapi seperti kebanyakkan barang racing ketahanan jangkahayat memang tidak ada yang penting sampai dulu kegarisan penamat,itu saja.
Ratio sprocket motor
Updated:sesiapa yang nak cuba setting sprocket dan ratio gear blog ke website ini
Sebelum test ratio anda kena tahu asas ratio sprocket terlebih dahulu.
Apa tu ratio sprocket dengar macam saintifik sangat…
Ratio sprocket dikira dengan cara mudah ialah seperti ini:
Jumlah gigi belakang dibahagi dengan depan contohnya sprocket asal motor Yamaha Y15 depan ialah 14 dan belakang 42…Y15 lagi… Ya kan tengah top 😀
42/14=3
Jadi ratio sprocket y15 ialah 3
Sekarang ni atas faktor berat badan dengan ratio asal motor terasa malas untuk berjalan dan anda perlukan lebih “tarik pick-up” jadi anda boleh menaikkan 3 mata sprocket belakang menjadi 45/14=3.214(ratio)
Situasi lain pula anda bertubuh kecil dan ringan, untuk motor perjalanan jarak jauh dan perlukan top yang lebih dan supaya tidak terasa enjin menjerit dengan ratio asal iaitu 3, rubahlah dengan menurunkan 3 gigi sprocket belakang menjadi 39/14=2.786
Turun naik ratio sprocket
Erti kata lain menurun ratio sprocket akan mendapat lebih kuasa top dan menaikkan ratio akan mendapat lebih pick up. Ratio tak ada makna apa-apa bagi kita pengguna motor biasa, sekadar pembacaan berlainan
Kesan merubah saiz sprocket
Seperti diterangkan diatas merubah saiz sprocket dengan banyak atau dengan ratio terlalu tinggi atau terlalu rendah akan memberi kesan kepada perjalanan kecuali setelah anda telah menaikkan kuasa enjin
Ia sama seperti situasi orang menunggang basikal – piring depan besar spoket belakang kecil hasilnya tentu top speed, oleh kerana pengayuhnya adalah saya, bolehlah 120km/j tapi cuba gantikan Anuar Manan yang kayuh basikal tu, pusing balik meter bosku.
Nak beli spoket kat sparepart cakap macam mana?
Jadi, misalnya nak beli sendiri spoket motor buat pertama kali kat kedai sparepart, nak cakap macam mana ya..
contoh saya nak beli 1 set(spoket depan, belakang dan rantai) sprocket Honda EX5:
Taukey; cari apa?
Saya; bagi saya spoket EX5 satu set…
Taukey; saiz?
Saya; standard saiz…(14-36)
Boleh tak beli spoket belakang atau depan saja?
Boleh. selagi kondisi rantai masih bagus. Tapi disyorkan tukar terus satu set.
Nak beli rantai saja
Boleh. selagi spoket masih elok tak tajam. Pastikan sprocket sama saiz dengan rantai, jika sprocket 428 dan rantai pun mesti 428. Panjang rantai adalah berbeza-beza mengikut jenis motosikal itu contoh EX5 padan dengan 98L untuk sprocket standard, jika anda beli rantai 110L maka rantai harus di potong. Disyorkan beli yang lebih panjang, lebih potong, pendek sambung.
Nak tukar sendiri atau pasang dekat bengkel?
Kalau ada kemahiran apa salahnya, silalah tukar sendiri lagi jimat poket. Dibawah ni saya share jenama yang tengah top dijual di Shopee dengan harga berpatutan, untuk kegunaan pelbagai jenama motosikal seperti Yamaha Lagenda,LC135,Y15,125z, Honda Ex5, Wave125, RS150, dan lain lagi. Kalau nak pasang dekat bengkel baik beli spoket dibengkel itu sendiri kalau tidak upah pasang memang kena tinggi selalunya. Harga siap pasang dibengkel tak lah tinggi contoh set spoket Ex5 rantai 428 sekitar RM45 pada tarikh hari ini. Nak murah pakai 420 🙂
Akhir kata satu tips supaya spoket rantai tahan lama untuk anda
Untuk kegunaan motor pergi balik tempat kerja saya rasa eloklah pilih rantai sprocket motor yang mampu memberikan lebih ketahanan dan keselamatan kepada kita.Itu yang terbaik!..
Tips untuk membuatkan rantai motor tahan lama ialah selalu bersihkannya dari kotoran debu dan pasir yang melekat.Gunakan minyak tanah cuci bersih,selepas itu berikan sedikit pelincir pada rantai.Insyallah ,masalah rantai spoket cepat habis dapat diatasi.Sekian bicara kita tentang Cara pilih saiz spoket motor untuk kali ini.-salam jumpa lagi-