#belajarMekanik – Cara cacing tayar tubeless bocor

 

 

Sambungan belajar mekanik motor, selepas berjaya tukar tiub kini satu lagi cabang bab tayar iatu cara cacing tayar tubeless(tanpa tiub). Yang ni cukup mudah tak perlu buka tayar keluar hanya cari tempat pancit dan cucuk cacing masuk. Sudah tentu untuk tutup lubang tayar jenis tanpa tiub ni kita perlu ada alat dan bahannya;

YouTube video

Aturan cacing tayar tubeless bocor



Seperti didalam video langkah-langkah kerja kita ni bermula:

  • mencari tempat bocor
  • tanam cacing
  • potong lebihan

Kita gunakan air sabun untuk mencari spot yang bocor pada tayar tersebut, basahkan tayar dengan air sabun dan jumpa buih mengembang situlah tempatnya.

cara guna sepana cacing tayar

Jika beli satu set sepana cacing akan diberi 2 sepana dan sepapan cacing, mulakan membesarkan lubang yang bocor tadi dengan sepana 1 dan sepana 2 masukan cacing ditengah-tengah…apalagi, cucuk…

Gam juga diperlukan kalau beli cacing yang tak bergetah tu, sapu sedikit gam sebelum cucuk

potong hujung lebihan, tinggal sikit jangan potong rata

Jenis bocor yang boleh tampal lagi

Bukan semua bocor pada tayar tubeless kita boleh tampal, jika lubang terlalu besar atau pecah, retak tayar perlu ditukar baru. JIka owner belum sedia boleh pasang tiub untuk sementara waktu.

Bersambung bab lain