Pada kali ini Cakap Pomen Motor akan berkongsi jadual servis motosikal skuter dibawah 150cc walaupun jadual ini khas bagi motor skuter Honda Vario 150 tapi juga sesuai untuk jenis scooter yang lain 110cc-150cc untuk menjadi panduan.
Seperti sedia maklum setiap kenderaan bermotor perlu diservis mengikut jadual waktu yang konsisten, untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan pengguna. Motosikal salah satu darinya yang perlu dipantau kondisi bila sampai waktu, berapa bulan sekali atau berapa kilometer sekali adalah perlu mengikut saranan dari pengeluar.
Bagi pengguna motor baru disyorkan baca sendiri buku owner manual anda. Bagi pengguna skuter second hand atau yang buku dah tak tahu pergi mana ini adalah untuk anda.
Kandungan Artikel
Berapa lama sekali servis motosikal skuter, periksa atau tukar barang?
Setiap selang 6000km – perlu diperiksa bahagia tiub petrol untuk memastikan ia tidak longgar,keras, retak atau pecah.
2. Operasi Pendikit(throttle)
Setiap selang 6 ribu km – Diperiksa pendikit atau pemulas minyak untuk memastikan ia mempunyai tindakbalas yang lancar. Jika berat atau “minyak sangkut” perlu diminyakkan atau diganti kabel minyaknya.
3. Penapis Udara
Setiap selang 18ribu km – Digantikan dengan penapis udara baru bagi mengekalkan pembakaran bahanapi yang sempurna
4. Pengudara Kotak Engkol
Setiap selang 6ribu km – Dibersihkan
5. Palam Pencucuh (spark plug)
Setiap selang 6ribu km – Dilaras, dibersihkan atau diganti palam pencucuh untuk mengoptimumkan pembakaran bahan api
6. Kelegaan Injap
Setiap selang 6ribu km – dilaras kelegaan injap(valve)
Setiap selang 8ribu km – Dibersihkan skrin minyak enjin supaya supaya sukatan minyak dapat dipantau oleh owner dengan jelas
9. Kelajuan Melahu Enjin
Setiap selang 6ribu km – Dilaras semula kelajuan melahu(timing)
*10. Cecair Penyejuk Radiator
Setiap selang 12ribu km – Pemeriksaan cecair penyejuk(coolant) digantikan jika perlu
*11. Sistem Penyejuk
Setiap selang 12ribu km – Seluruh sistem coolant diperiksa memastikan ia berjalan dengan baik, tidak tersumbat atau bocor
12. Pemacu Tali Sawat
Setiap selang 12ribu km – Diperiksa pada 12 ribu pertama memastikan tiada haus atau tanda keretakkan pada belt dan pulley. Dan ditukar ganti baru pada 12ribu km kedua, silih berganti seterusnya.
Jadual penyelenggaraan motosikal skuter
belting
13. Bateri
Setiap selang 6ribu km – Diperiksa dan jika bateri lemah ia perlu pegantian baru
14. Bendalir Brek
Setiap selang 6ribu km – Bendalir atau minyak brek disc diperiksa, bleeding, ditambah jika perlu
15. Kehausan Brek Kasut
Setiap selang 6ribu km – Kehausan brek kasut depan(disc pad) atau belakang(linig brek) diperiksa,dilaras, diservis atau ditukar kekasut baru jika perlu
16. Pancaran Lampu Hadapan
Setiap selang 6ribu km – Periksa lampu depan posisi tinggi rendah lampu, keterangan bulb
17. Tongkat Tepi
Setiap selang 6ribu km – Tongkat tepi motor skuter diperiksa kerana ia terdapat suis pemati enjin disana.
18. Suspensi
Setiap selang 6ribu km – Akan diperiksa suspensi/absober depan atau belakang pastikan menyerap hentak dengan baik dan tiada berlaku kebocoran
19. Nat, Bot, Pengikat
Setiap 12ribu km – Akan diperiksa kekuatan ikatan nat atau bolt utama pada motosikal.
20. Roda/Tayar
Setiap selang 6ribu km – pemeriksaan pada tayar skuter anda dilakukan pemeriksaan kehausan, keretakan dan sebagainya.
21. Pengalas Kepala Stereng
Setiap selang 12ribu km – Stearing depan diperiksa iaitu tahap kelonggaran, stearing bearing, ikatan handle sebagainya.
Bacaan kilometer dikira pada Odometer motosikal itu
Kesimpulan
Walaupun jadual telah ditetapkan mengikut gari panduan pengeluar, adalah perlu juga bagi owner memantau sendiri dan alert setiap perubahan yang berlaku pada motosikal sendiri. Dan jika berlaku awalkan pemeriksaan dibengkel.