Punca motor penyetat kick starter jadi keras tak boleh start
Penyetat kaki jadi keras adalah kerana motor jem – Situasi dimana apabila kita bawa motor laju atau perlahan, tiba-tiba tayar belakang jadi terkunci membuatkan kita seperti menunggang ular itu disebut sebagai motor jem.
Yang jelas ia berpunca dari masalah enjin kerana kadang kala setuasi tadi boleh berlaku juga disebabkan masalah lain dan tidak disebut jem. Contohnya rantai putus melekat, brek jem, skru spoket tercabut dan sebagainya.
Apa perlu buat bila motor jem
1- Ketika berlaku
kita terpaksa dengan segera menarik klac tangan atau tekan gear depan jangan lepas(bagi automatik klac)
2- Selepas berlaku
Biarkan enjin sejuk mungkin ambil masa dalam 10-15 minit
Try start boleh tak atau tendang penyetat rasa keras?

jika boleh isikan sedikit minyak 2t kedalam tank(agak2 2 tutup 2t untuk rm10 isian petrol) untuk motor 2-stroke.
Untuk motor 4-stroke periksa minyak hitam. Tambah jika kurang
kemudian start lah enjin ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut
Penyetat keras sangkut mati
Bila dicuba start tapi starter kick sangkut mati, tak boleh buat apa silalah tolak atau angkut terus ke bengkel
Kos repair motor jem
kes motor jem macam ni biasanya melibatkan kos yang agak besar. Enjin perlu dibuka untuk pemeriksaan.
Jika bernasib baik motor anda mungkin jem piston sahaja, dan jika jem rod atau bearing motosikal perlu dibuat full overhaul untuk tukar rod, bearing dan sebagainya.
Lihat disini Contoh pengiraan kos baiki motor