Membaiki motosikal Skuter bunyi bising dan tak larat nak jalan
Salam, kongsi kerja bengkel hari ini – Sebuah motosikal Skuter bunyi bising seperti mesin simen dan menghadapi masalah hilang kuasa, jalan tak larat. Bunyi dikesan datang dari arah belting yang begitu kasar didengar. Agakkan mungkin scooter ini mengalami kerosakkan pada bola pulley, belting atau pulley besar belakang, jadi enjin sebelah belting perlu dibuka.
Bola Pulley hancur
Setelah komponen enjin motor skuter ini dibuka, didapati beberapa komponen mengalami kerosakkan teruk iaitu pada mangkuk pulley depan, bola hancur dan belting retak. Memandangkan bahagian pulley depan rosak teruk ia terpaksa diganti satu set.

Bush tengah pulley juga sudah longgar teruk, kerana terjadinya gap yang agak besar disini kesannya menghasilkan bunyi bising pada enjin ketika berjalan. Agak bernasib baik dikira kerana disini boleh menyebabkan kerosakkan juga pada tiang crankshaft, kalau terjadi ia memerlukan belanja yang agak besar untuk membaik pulih.
Balutan bola pulley pecah tinggal bola besi menyebabkan rumah pulley haus teruk dan pecah pada beberapa bahagian. Bola tidak berfungsi seperti asal kesannya hilang kuasa enjin, tidak larat jalan, tak larat bawa beban atau naik bukit.
Nota : Penukaran awal bola boleh menyelamatkan rumah pulley . Tanda-tanda bola pulley sudah haus ialah motor menjadi malas bergerak atau selalu disebut ” tak ada pickup”

Pada gambar di atas terlihat belting sudah retak pada beberapa bahagian dan menunggu masa untuk putus. Seperti yang diceritakan sebelumnya pada post terdahulu apa jadi bila belt putus
Dan hasilnya setelah membuat penukaran beberapa barangan tersebut bunyi bising sudah hilang, enjin pula kembali bertenaga seperti sediakala
Kos repair belting motosikal Skuter
Contoh ini adalah skuter Honda Beat –
kos repair kerosakkan bahagian belting seperti ini adalah RM300. Kos ini berbaloi bagi empunya kerana 6 tahun pakai baru repair walaupun terpaksa menahan siksa 😛 . Tapi disyorkan oleh Honda Boon Siew servis belting skuter anda setiap 12000km atau servis awal jika mendapati enjin hilang kuasa atau berbunyi