Sprocket motor tajam bermakna anda perlu tukar sprocket itu segera. Tajam atau haus adalah terjadi dari proses pemakaian yang kira sesuatu yang normal melibatkan mana-mana komponen bergerak pada motosikal. Hanya lambat atau cepat proses ini terjadi bergantung pada kualiti barangan itu dibina dari segi metarial misalnya.

Sprocket tajam bolehkah diguna lagi?
Disarankan tukar sprocket motor yang sudah tajam itu dengan segera kerana hal itu adalah sebagai amaran sebelum ia menjadi haus total(botak). Bila itu terjadi motor anda tidak akan dapat bergerak lagi( pulas minyak tapi tak jalan). Anda boleh tukar spoket belakang sahaja atau yang lebih bagus tukar 1 set iaitu sprocket depan belakang sama rantai kerana ini akan menjadikan sprocket baru anda itu lebih lama jangka hayatnya.
Baca artikel penuh disini rantai sprocket motosikal